Memaparkan catatan dengan label Ar-Rahman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ar-Rahman. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Oktober 2012

UJIAN itu untuk aku

Assalamualaikum wbt


"Allah uji saya dengan ujian itu untuk buat saya sedar ada silap dan dosa saya yang perlu saya perbetulkan."

Alhamdulillah, cik masih lagi bernyawa..terima kasih Ya ALLAH ;)
Bila datangnya kesakitan, kesedihan, kerunsingan..dan baru cik sedar…cik buat salah lagi..cik cari sesuatu utk tenangkan hati…utk pujuk diri sendiri.
Hanya ALLAH yg tahu rasa hati cik, sebab cik tak suka nak kongsi dgn org..lagi-lagi bila cik down..
Dan setiap kali terjatuh, ALLAH lah yg ada dgn cik ;)
Sedar, Ingatkan ALLAH..sure sejuklah hati ni..
Cik kena hadapi, nikmati kesedihan, kesusahan ni..cik mesti kuat..tak boleh nak lari lari lagi…



Ya ALLAH, ajarkan aku menikmati rasa ini..KAU yg member, Hanya KAU yg tahu..
Ajarkan aku Ya ALLAH, ajarkan aku utk kuat menghadapi rasa ini..
Terima kasih Ya ALLAH..terima kasih ;)

Sabtu, 4 Februari 2012

Cinta: RASUL



Assalamualaikum wbt..salam sejahtera...moga terus tabah hendaknya yer kawan kawan. Esok maulidur rasul.cuti!
Lagi 3 hari nak start praktikal. Berdebar ler..sekarang ni ok lagi tapi nanti sampai masanya nak melangkah ke ofis tu..mesti kecut perut..haihh.. bila la nak steady ni..dah besaq kan?.hehe
Tadi first time tengok rancangan tv alhijrah; 30 minit bersama ustaz don. Tajuk kali ni bab solat. Ustaz don cerita pasal syarat wajib solat. (islam, baligh, berakal, suci dari hadas-haid/nifas, sihat/sejahtera, lastly kalau tak silap wajib kalau seseorang tu memang tahu pasal solat, maksudnya kalau orang cakap solat..dia tak da la kata “solat itu apa?”. Hah lebih kurang macam ni la point pointnya..mohon maaf kalau salah info.
Satu statement daripada ustaz don ni kan: kan sembahyang/solat adalah perkara yang akan mula mula ditanya di sana nanti. Dan juga solat ni dah merangkumi semua seperti; syahadah, puasa, zakat, haji. Hah memang penting! Dan kenapa bila nak bertemu orang ( contohnya appointment dengan seseorang kita sanggup be puntual, tapi bila temujanji dengan ALLAH? Lihat solat kita, tepat pada masanya ke (aku la terasa part ni..betul!). Di mana Allah di hati kita?
Dan cinta RASUL tema maulidur rasul untuk tv alhijrah (ceh, aku ni macam pengantara tv alhijrah pula kan..hehe), ada segmen terengganu berselawat, kuala lumpur berselawat pun ada malam ni..jom tengok sambil berselawat.
Rasulullah, kami cinta pada mu, wahai kekasih ALLAH.
Cuma kami yang masih begini,
Hanya tahu, mahunya entah bila,
Engkau cintakan kami ya Rasulullah.
Pengorbananmu tidak terbalas,
Akhlakmu, peribadimu sungguh tinggi,
Cinta padamu bermakna cinta pada ALLAH.
Terima Kasih ya Rasulullah.
****************************************************************************************

Ahad, 1 Januari 2012

2012: BANGKITlah!



Asalamualaikum wbt, salam sejahtera. Pa habaq hangpa semua. Moga baik hendaknya. Bangkitlah walaupun macam macam dah berlaku pada kita. Teruskan ‘berjuang’, Allah ‘beri’ pasti kita boleh melaluinya.  Sebenarnya cik takut nak mengungkapkan kata kata, ya lah. Semua ini pasti akan diuji semula ke atas cik. Dan untuk itu seharusnya kita sedar akanNYA sentiasa. Cik dengar Prof Muhaya kata “Hiduplah dalam keberkatan waktu” , lebih kurang macam ni lah. Maknanya sentiasalah sepanjang detik masa itu, kita menyedari ALLAH.
MenyedariNYA. Selagi DIA bersama kita, kita pasti dibantuNYA. Dan paling penting, niat kita kerana apa?.
Ya, dah masuk minggu peperiksaan, macam biasa kelajuan dengupan jantung dah melebihi paras yang dibenarkan, hehe. Takut beb! Takut sebab tak sedia, dah sedia, still takut lagi. Boleh plak. Yalah. Tak pasti macam mana keadaan kita di kala menjawab soalan soalan itu nanti. Moga moga dipermudahkanNYA. Untuk itu, apa saja yang kita lakukan, seharusnya bersandarkan padanya. Pasti tenang. Hanya kepadaNYA. DIA sentisa ada, sentiasa hidup, sentiasa jaga.
Ya, cakap memang mudah, sangat mudah tapi tu lah. Nak cakap juga untuk ingatan diri dan kawan kawan semua. Jom sedar diri, sedarNYA. Kita hambaNYA kan, bukan tuan apatah lagi Tuhan. Lepaskan keinginan keinginan kita untuk memenuhi keinginanNYA. Bukankah dia tahu yang terbaik untuk kita? Bukankah segalanya telah ditetapkanNya untuk kita?.
Siapa berusaha, dia berjaya. Ya sememangnya. Kalau tak buat’revision’, pasti tak dapat jawab dengan baik kan?. So, usahalah!usahalah sedaya mana yang kita mampu dan selepas itu, bertawakallah kepada DIA yang maha tahu.
Cik exam 5 jan ni dan berturutan  sehingga 12 jan . last paper 19 jan so, esok pula dah 1 jan. Tak da masa nak main main, rehat rehat, senang lenang lagi. MEMANG nampak sangat study hanya untuk exam kan. Tapi la ni cik dah sedar study untuk ilmu dan selepas ni pun walaupun cik insyaaalah dah selamat menduduki peperiksaan terakhir di universiti tercinta ini, cik tetap akan study juga. Ya betul betul ni. Insyaallah.
Dan selamatlah untuk semua yang menduduki peperiksaan. Usaha, tawakal...niat kita apa?
Doa, cakap denganNYA sokmo. Cik pun ;-)
*andai jatuh, andai lewat, andai lemah, andai leka , andai lupa, andai tersalah, andai tersilap.......BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH menujuNYA! KEMBALI padaNYA. KITA boleh besamaNYA.

Selasa, 20 Disember 2011

Tawa dalam tangisan: Bahagia Dalam Musibah



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera
Bagaimana hari-hari anda semua? Ada baik atau stress??
Hah Awat kita Stress, marah dan sedih ? Dipetik dpd ustaz pahrol: katanya apabila berlaku sesuatu yg berlawanan dgn kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Ya, sebab kita nak ikut kehendak kita saja, nak dunia ni jadi macam mana yg kita nak kan?. Itulah cik pun , masih lagi..Jomlah kita memilih untuk TIDAK memberontak, marilah kita BERDAMAI dengan takdir ALLAH itu.
“Ya Allah, janganlah engkau serahkan diriku kepda diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Kala ni kan cik tahu bukan cik saja ditimpa musibah mahupun ujian. Kita semua diuji sebenarnya.  Ujian berbentuk kesukaran atau kesenangan , utk menilai keikhlasan kita padaNYA. Pasti ada hikmahnya. Dan begitu juga dengan musibah yang berbentuk kesukaran iaitu perkara yang Allah berikan pada kita, tapi kita tak suka. Contohnya: air , kita memang perlukan air untuk keperluan asas, Allah beri kita suka. Cuma bila air itu Allah timpakan contohnya dalam bentuk hujan, tak semua yg suka malah merungut “ala, hujan pula macam mana nak p pasar malam”. Hah pernah ke? Tu lah sometimes kita tak sedar.
Kala kita diberi/ ditimpa ujian mahupun musibah, apakah yang perlu kita lakukan?
“Ingatlah Allah, Itu hak Allah. Kita milik Allah’
Kita tak suka, tapi kita tak tahu apa yang berlaku selepas ini = Rahmat, kasih sayang dan perlindunganNYA.
Kasihnya Allah, “concern”nya  Allah pada kita. Alhamdulillah. Itu sebagai peringatan supaya kita lebih dekat denganNYA.
Seperti dalam ayat cintaNYA:
Dalam Surah Al-Baqarah
155: “Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yg sabar.”
156: “(yaitu) orang-orang yang apanila ditimpa musibah, mereka berkata ‘inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNYA lah kami kembali).”
157: “Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah oran-orang yang mendapat petunjuk.”
Ingatlah Allah sedang uji kita. Kembalilah kepadaNYA. Janganlah nak segera saja. Sabar dan solat lah.
Dan musibah ini seperti dalam ayat Al-Quran, surah Asy-Syura:30
“Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahan-mu).”
Ya, pintu keampunanNYA lebih luas daripada pintu kemurkaanNYA.
So, paling penting : muhasabah diri; cari kesilapan dan kesalahan diri sendiri.
Dan sentiasa istiqamah menghadapi dengan sabar dan menggapai redha ALLAH.
*walaupun kita berhadapan dengan kesukaran, kesusahan berdamailah dengan kehendakNYA.  Jom buat perkara yang PERLU kita buat walaupun kita tak suka nak buat.
*RUJUKAN : ikimfm
Unutuk ingatan bersama.