Selasa, 20 Disember 2011

Tawa dalam tangisan: Bahagia Dalam Musibah



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera
Bagaimana hari-hari anda semua? Ada baik atau stress??
Hah Awat kita Stress, marah dan sedih ? Dipetik dpd ustaz pahrol: katanya apabila berlaku sesuatu yg berlawanan dgn kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Ya, sebab kita nak ikut kehendak kita saja, nak dunia ni jadi macam mana yg kita nak kan?. Itulah cik pun , masih lagi..Jomlah kita memilih untuk TIDAK memberontak, marilah kita BERDAMAI dengan takdir ALLAH itu.
“Ya Allah, janganlah engkau serahkan diriku kepda diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Kala ni kan cik tahu bukan cik saja ditimpa musibah mahupun ujian. Kita semua diuji sebenarnya.  Ujian berbentuk kesukaran atau kesenangan , utk menilai keikhlasan kita padaNYA. Pasti ada hikmahnya. Dan begitu juga dengan musibah yang berbentuk kesukaran iaitu perkara yang Allah berikan pada kita, tapi kita tak suka. Contohnya: air , kita memang perlukan air untuk keperluan asas, Allah beri kita suka. Cuma bila air itu Allah timpakan contohnya dalam bentuk hujan, tak semua yg suka malah merungut “ala, hujan pula macam mana nak p pasar malam”. Hah pernah ke? Tu lah sometimes kita tak sedar.
Kala kita diberi/ ditimpa ujian mahupun musibah, apakah yang perlu kita lakukan?
“Ingatlah Allah, Itu hak Allah. Kita milik Allah’
Kita tak suka, tapi kita tak tahu apa yang berlaku selepas ini = Rahmat, kasih sayang dan perlindunganNYA.
Kasihnya Allah, “concern”nya  Allah pada kita. Alhamdulillah. Itu sebagai peringatan supaya kita lebih dekat denganNYA.
Seperti dalam ayat cintaNYA:
Dalam Surah Al-Baqarah
155: “Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yg sabar.”
156: “(yaitu) orang-orang yang apanila ditimpa musibah, mereka berkata ‘inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNYA lah kami kembali).”
157: “Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah oran-orang yang mendapat petunjuk.”
Ingatlah Allah sedang uji kita. Kembalilah kepadaNYA. Janganlah nak segera saja. Sabar dan solat lah.
Dan musibah ini seperti dalam ayat Al-Quran, surah Asy-Syura:30
“Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahan-mu).”
Ya, pintu keampunanNYA lebih luas daripada pintu kemurkaanNYA.
So, paling penting : muhasabah diri; cari kesilapan dan kesalahan diri sendiri.
Dan sentiasa istiqamah menghadapi dengan sabar dan menggapai redha ALLAH.
*walaupun kita berhadapan dengan kesukaran, kesusahan berdamailah dengan kehendakNYA.  Jom buat perkara yang PERLU kita buat walaupun kita tak suka nak buat.
*RUJUKAN : ikimfm
Unutuk ingatan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan