Ahad, 1 Januari 2012

2012: BANGKITlah!



Asalamualaikum wbt, salam sejahtera. Pa habaq hangpa semua. Moga baik hendaknya. Bangkitlah walaupun macam macam dah berlaku pada kita. Teruskan ‘berjuang’, Allah ‘beri’ pasti kita boleh melaluinya.  Sebenarnya cik takut nak mengungkapkan kata kata, ya lah. Semua ini pasti akan diuji semula ke atas cik. Dan untuk itu seharusnya kita sedar akanNYA sentiasa. Cik dengar Prof Muhaya kata “Hiduplah dalam keberkatan waktu” , lebih kurang macam ni lah. Maknanya sentiasalah sepanjang detik masa itu, kita menyedari ALLAH.
MenyedariNYA. Selagi DIA bersama kita, kita pasti dibantuNYA. Dan paling penting, niat kita kerana apa?.
Ya, dah masuk minggu peperiksaan, macam biasa kelajuan dengupan jantung dah melebihi paras yang dibenarkan, hehe. Takut beb! Takut sebab tak sedia, dah sedia, still takut lagi. Boleh plak. Yalah. Tak pasti macam mana keadaan kita di kala menjawab soalan soalan itu nanti. Moga moga dipermudahkanNYA. Untuk itu, apa saja yang kita lakukan, seharusnya bersandarkan padanya. Pasti tenang. Hanya kepadaNYA. DIA sentisa ada, sentiasa hidup, sentiasa jaga.
Ya, cakap memang mudah, sangat mudah tapi tu lah. Nak cakap juga untuk ingatan diri dan kawan kawan semua. Jom sedar diri, sedarNYA. Kita hambaNYA kan, bukan tuan apatah lagi Tuhan. Lepaskan keinginan keinginan kita untuk memenuhi keinginanNYA. Bukankah dia tahu yang terbaik untuk kita? Bukankah segalanya telah ditetapkanNya untuk kita?.
Siapa berusaha, dia berjaya. Ya sememangnya. Kalau tak buat’revision’, pasti tak dapat jawab dengan baik kan?. So, usahalah!usahalah sedaya mana yang kita mampu dan selepas itu, bertawakallah kepada DIA yang maha tahu.
Cik exam 5 jan ni dan berturutan  sehingga 12 jan . last paper 19 jan so, esok pula dah 1 jan. Tak da masa nak main main, rehat rehat, senang lenang lagi. MEMANG nampak sangat study hanya untuk exam kan. Tapi la ni cik dah sedar study untuk ilmu dan selepas ni pun walaupun cik insyaaalah dah selamat menduduki peperiksaan terakhir di universiti tercinta ini, cik tetap akan study juga. Ya betul betul ni. Insyaallah.
Dan selamatlah untuk semua yang menduduki peperiksaan. Usaha, tawakal...niat kita apa?
Doa, cakap denganNYA sokmo. Cik pun ;-)
*andai jatuh, andai lewat, andai lemah, andai leka , andai lupa, andai tersalah, andai tersilap.......BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH, BANGKITLAH menujuNYA! KEMBALI padaNYA. KITA boleh besamaNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan