Ahad, 27 November 2011

Tahun Hijrah catatan pertama


                 23:13 26nov2011 d214 dpp proton,uum
Assalamualaikum, la ni dah masuk tahun baru hijrah, 1433 H kalau cik tak silap la... hahha makin nak jadi baik, makin jadi sebaliknya. Susah betul nak berubah menjadi baik kerana selama ni dah biasa bergelumang dgn ketidakmahuan menjadi baik tu. Kalau buat keranaNYA, pasti tak kisah apa pun feedback yang kita terima selepas itu.. tetap +ve, tandanya benar. Tapi cik masih lagi. Masih lagi terpesong. Berniat tak mahu terjebak lagi dalam perkara-perkara yg membawa pada kejauhan dariNYA, tapi still lagi tak dapat nak menepati ikrar itu.
Selagi masih ada yang lain selainNYA, selagi itu masih begini. Apa yg berlaku adalah anugerahNYA. Anugerah pastinya baik, elok. Cuma cik masih nampak yang buruk, masih belum merasa cukup, masih lagi inginkan. Apa yg terjadi adalah kemahuanNYA, walaupun di mata ini teruk benar. PengetahuanNYA luas, pengetahuan ini cetek, terbatas.
Masih lagi ada denyutan itu, masih lagi ada hembusan yang dirasa. Kerana cintaNYA, tegarkah diri mengulangi kekhilafan semalam. Sewajarnya, semakin hari semakin baik. Semakin lama semakin memahami. Cuma itu.
Kemahuan mencetus gerakan. Kerana takut, harap dan cinta tetaplah padaNYA. Sabar itu pasti membawa kemenangan jika tidak di sini, pastinya di sana nanti. Harapan yang bersisa ini semailah sentiasa agar diri mampu berenang dalam lautan keperitan. Berjuanglah, terokailah. Jangan pernah mundur ke belakang. Korbankan segalanya keranaNYA. Terus bergerak menuju apa yang dicintai.
Amira zura

Tiada ulasan:

Catat Ulasan