22:59 27 NOVEMBER 2011 D214 DPP PROTON, UUM
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera. Syukur masih lagi ada. Syukur pada yg memberiNYA. Selagi belum menyedari dengan sebenarnya. Selagi itu masih lagi beralasan itu dan ini. Lemparkan saja kata-kata kebenaran tetap begitu. Mata itu masih buta. Buta daripada melihat anugerahNYA. Biarkan ianya pulih sendiri atau usaha kita untuk mencari. Terpulang, yang pasti hanya dengan menemuiNYA kembali cahaya pasti bersinar.
Sukar memahami, jika bukan diri ini yang melaluinya. Indah menguntai kata hikmah Cuma bila terkena pada diri barulah tersedar sendiri. Amalkan kebenaran, lakukan walaupun belum pernah sampai ke sana. Insan itu pasti diuji, alangkah indahnya jika sedar. Indahnya jika redha. Hanya DIA yang mampu memberi rasa itu. Bukan insan. Tapi TUHAN.
Mendengar pelajaran insan lain menyentak diri agar bersyukur. Syukur padaNYA yang memberi bahagian masing-masing. Baik padaNYA adalah lebih tenang berbanding baik pada anggapan sendiri. DIA maha tahu, walaupun suara membisu. Yakinlah, akan indah pada akhirnya selagi jalan itu jalan yang lurus.
Discussion sama dengan perbincangan dalam bahasa melayu. Selama bergelar pelajar universiti ini, cik tak lepas dari berdiskusi. Cumanya, hingga kini masih lagi belum mendapat satu makna discussion yg sebenarnya. Yang selalu cik alami adalah:
-sekiranya janji nak berdiskusi pukul sekian sekian tapi mulanya tetap lewat. Jarang puntual (termasuk cik pun). Sekarang dah sedar tentang ni Cuma disebabkan majority dah akui perkara ni, so just follow dan tak kisah sangat tentang ini. Padahal masa itu bukankah berharga serta bukankah menepati janji itu sikap yang terpuji. Entahlah, cik pun masih lagi.
-bila dalam waktu perbincangan, bukan semua take part. Ini cik akui sebabnya cik lah yang selalunya tak take part. Just jadi pendengar yang setia. Biasanya orang yang sama akan memonopoli diskusion ini.
-dan bila dah ada perkara yang perlu dibincangkan tapi still tak dapat kata putus yang terbaik daripada semua. Maknanya benda itu pending lagi. Sebabnya, sukar berkomunikasi atau mungkin just dengar dari satu pihak saja dsbg.
-juga bila dah bertemu dan sepatutnya berbincang. BERBINCANG. Tapi hanya bahagikan part masing-masing dan pulang menyelesaikannya sendirian. Di waktu yg sepatutnya dilakukan perbincangan ilmiah ini, Cuma ada perbincangan santai, gelak tawa dsbgnya. Pulang dengan matlamat dan bahagian masing-masing.
Di atas ni adalah contoh-contoh keadaan yang pernah cik hadapi selama bergelar pelajar yang memerlukan kami membuat perbincangan. Bagi cik, kesukaran nak berdiskusi disebabkan ketidak sefahaman dan keserasian antara ahli kumpulan mungkin. Ada yang menjadi monopoli, ada juga yang menjadi parasit (seperti cik, selalunya macam ni).dan mungkin kerana masing-masing belum sedar tentang baiknya disebalik perbincangan.
So, apa kata kita masing-masing memahami keadaan orang lain. Yang kuat bantu yang lemah. Bantu yang lemah bukannya menindas mereka semata. Dan yang lemah jangan terus lemah. Bangkitlah belajar dari yang gagah. Saling membantu, bak cubit peha kiri peha kanan terasa juga kan. Letakkan diri kita di tempat orang lain. Belajarlah menerima keadaan orang lain dan keadaan diri kita juga. Kita saling memerlukan, kita saling melengkapi.
AMIRA ZURA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan