Jumaat, 25 November 2011

Towards Success:Semangat yang hilang!


13:05 25112011

ASSALAMUALAIKUM WBT, salam sejahtera
Pa habaq hangpa minggu ni......dah masuk hujung minggu, masa untuk berehat rehat. Berehat? Oh no.....no to me!! Tak tahu kenapa, sekarang ni rasa macam semangat dah tak da. Rasa malas, rasa tak sedar, rasa takut, rasa tak bermaya. Tak tau. Assigment banyak lagi tak setel, final exam nak dekat dah..dalam masa 2 bulan mendatang ni, macam-macam kena jalan. Perancangan dah ada, just nak ‘run’ tu yg segan (malas). Awat lagi lah cheq ni kan.. hangpa macam mana, kalau pun tak ok, but still jgn putus asa yea (utk diri sendiri juga.
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

(petikan lagu gemuruh suara- lagu team MALAYSIA)

Walaupun sebelum ni rasa dah steady, dah boleh hadapi masa-masa mendatang ni dengan baik, tapi......sometimes still goyah,,,,still!
Bila dah rasa kemalasan, bila ketakberdayaan tu datang, memang tak dapat dibendung.....pastinya tertunda lagi....
Kita manusia=hambaNYA=Khalifah di muka bumi ini. Kita ada tanggungjawab!
Ya, hidup untuk berjuang! Hidup bukan untuk disesali! Hiduplah sebaik mungkin walaupun kita sekadar rumput....
Betulkan niat. sebelum, semasa, selepas
keranaNYa.. di dunia, di akhirat.


Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

(Petikan lagu layar keinsafan-mestica)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan