semakin kita belajar semakin kita sedar akan kekurangan yg menuntut kita supaya terus dan terus belajar..
Ahad, 5 Mei 2013
PRU13 Cetusan Hati Pengundi Pertama kali
Alhamdulillah...Saya dah selesai mengundi walaupun sebelum ni dan sampai ke hari pengundian pun, hati ini masih ragu-ragu memilih. Tapi, syukurlah takdirNYA saya diberi ruang untuk memangkah calon pilihan hati. Kepada yang berjaya, ucapan tahniah dan selamat berkhidmat diucapkan. Manakala kepada yang akan berada di pihak pembangkang nanti, semoga kalian terus berusaha menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
Cukup-cukuplah kita selama ini dijaja dengan kesalahan orang lain. Jomlah hidup saling melengkapi dengan memakmurkan muka bumiNYA ini dengan kebaikan.
Macam-macam dah terjadi sepanjang proses pilihanraya ni. Inilah cetusan hatiku tentang PRU13
Banyak hati yang perlu dipuaskan. Selagi hati belum puas, macam-macam persoalan timbul. Yang benar nampak salah, yang salah nampak benar.
Entahlah..cik
rasa ramadahan ni macam sama macam tahun lepas. Cik ok tp kdg2 ‘ko’ gak.
Haih.
Lagi 15 hari nak lalui ramadhan tahun ni, tahun depan belum tau lagi. Cik ni
mmg berazam tinggi bila nak buat sesuatu tu,tapi bila kena buat benda tu.mula
lah penyakit penyegan tu mai.
Ok.la
ni cik hanya duduk bersenang lenang di rumah. Duduk tak buat apa. Tidoq lebih
ler.cik baru je habis latihan praktikal.
27 july 2012 tarikh last cik berada di MHAC. Wahh.. hari terakhir utk sampaikan
sesuatu.tak terkeluar juga dari mulut cik ni..haih ter’emo’ la plak. Hanya sempat
cakap mintak maaf dan terima kasih.dan-dan pada hal dalam otak cik ni dah
bermacam benda cik nak ckp..ni lah padahnya tak dapat kawal emosi..
Dan
bos pesan”ingat apa yang sy selalu ckp”, maksudnya yelah kan dia selalu panggil
cik, disebabkan cik ni bermasalah. So itulah...baik bos! Insyaallah.
Dan
sekarang ni belajar memandu tuh. Bagi cik macam dah ok lah kot cik bawa..tapi
p.cik tuh mcm still tak yakin dgn cik.haih tak tau la bila nak pas ni..
Dan
esok nak keluar beramah mesra dgn k.ina n mis z..haih, nak p teraweh@klcc tp
nanti nak balik mcm mana pula..entahlah.
Ok
lah sampai di sini dulu coretan kali ini..ada masa cik nulis lagi eh! TAK MO
SODIH2
Hehe
Dan
cik nak berkongsi tazkirah dpd agm(pendakwah indonesia) tentang bagaimana nak
kuat?
Caranya
1) tahu ilmu itu..
2) mahu berlatih..
Katanya
lagi “kekuatan yg kita bangun , bukan utk menghancurkan org lain. Kekuatan yg
kita bangun, justeru utk mencegah terjadinya kezaliman”
Assalamualaikum
wbt..salam sejahtera buat semua pembaca blog saya...:-)
Malam ni,
saya nak rasa gembira sebab saya dah penat bermuram durja.saya pilih to be
happy..
Ok, sekian
lama saya tinggalkan page ni tanpa kata-kata dari hati saya. kini tibalah masa
saya menyambung kembali madah-madah kata itu.
Saya rasa
hepi sebab dah berkira-kira, tinggal 30 hari lagi nak masuk ofis, nak naik bas.
Nak buat rutin yg sama saya buat selama 5 bulan ni..tapi actually dalam hati
kecil ni, masih ada kerinduan nak tinggalkan tempat ni.
Saya jumpa
tips ni kt fb tadi:
“As salamu'alaikum shbt. Moga pagi Jumaat
membawa keberkatan. Berdasarkan apa yg guru2 saya pesan, saya nak rumuskan
kaedah terbaik nak BALAS DENDAM: 1. Maafkan dia, 2. Doakan, 3. Sedekah fatehah
kpdnya, 4. Sentiasa ceria depan dia, 5. Usha kuat agar lebih hebat drp dia, 6.
Beri dia hadiah, 7. Sebarkan perkara baik ttg dia, 8. Bela dia jika org kutuk
dia, 9. Buat baik kpd anak2 & ahli keluarganya, 10. Pesan kpd anak2 kita
utk buat baik kpd keluarganya. Insya Allah dia akan INSAF atau dia JADI GILA!!!
Cubalah... Wassalam.”
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera..la ni jam hampir ke 3 suku pagi..tapi cik masih lagi tak tidoq..esok dah nak kerja..moga-moga cik tak lemah gemalai lah nak buat kerja esok..bukan tak nak tidoq tapi entahlah.
Sebenarnya cik baru ja menghadapi satu masalah yg sama tapi still cik tak dapat nak laluinya dgn baik. Bukan cik tak tahu, tapi cik lebih mengutamakan nafsu marah cik ni. So akibatnya banyaklah hati-hati yg terluka. Terutamanya kpd org yg patut kita hormati, malah mengatakan ah’ pun dah berdosa..inikan pula meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata yg menguris hati. Cik menyesal, tapi dah buat pun walaupun cik tahu tak sepatutnya begitu.
Kalau diikut bisikan nafsu + syaitan yg menghasut, memang mudah kita dambakan sesuatu itu utk kita telusuri Cuma bukan mudah utk menghadapi hari-hari tanpa kasih sayangNYA jika kita memilih utk jauh dgnNYA.
LARI@berhadapan.cuma dua ni saja pilihan cik. Entah.still goyah, walaupun apa yg cik hadapi adalah sama seperti sebelum ini. Ada cik kutip ayat dpd fb sunshine, dia kata:
“There will be times when the same test is being presented upon you again and again and there you are wondering why is this happening again and again..
The answer is because you are still unable to fully overcome it in the way that ALLAH want you.
The best way to overcome and face the problem is by following the best guidance provided by HIM.
Till you fully able to face it in the best way.....”
Iman cik still goyah bila berhadapan dgn situasi yg memerlukan cik mengamalkan apa yg dikehendakiNYA, bukan apa yg cik rasa saja. Susah nak jadi baik. Tapi lebih baik bersusah-susah di jalan kebenaran dpd jalan sebaliknya itu.
*hari ni first time cik ikut jemaah maghrib bersama staf tempat praktikal cik yg diimamkan oleh bos cik sendiri. Alhamdulillah. Yelah, teruskan hidup kerana kita hidup pasti ada tujuan dan tak sia-sia kerana yg memberinya adalah pemilik segala-galanya. Fokus ke mana kita akan pergi dan bekal apa yg kita akan bawa bila sampai masanya nanti. Betul, seaat pun takkan ditangguhkan bila sampai turn kita. Ingat mati cik amira zura...
“Jangan kita mengalah dalam mujahadah. Kerana jika tidak susah-susah dalam melalui jalan kebenaran, kita tetap akan disusah-susahkan juga tetapi di jalan kebatilan. Lebih baik kita susah di jalan Allah, daripada susah di jalan nafsu dan syaitan.”
Ok..cik rasa tagline ni kena dgn cik saat ni..hangpa tau minggu ni cik diuji lagi.baru cik tahu/sedar tahap keimanan cik still lg not in good condition. Cik masih lg persoalkan kenapa berlaku..?haih. mulanya memang cik hanyut dgn emosi..yelah cik ni kan sensitip sgt. Lepas tu bila dah boleh bertenang sikit, barulah dapat fikir dan sedar akanNYA. Terima kasih, ya ALLAH.
Macam-macam berlaku, dekat rumah bawak ke ofis.dari ofis bawa ke rumah. Dan cik belajar lagi, belajar utk fokus. Yelah, hangpa tau semalam cik buat tax filling utk 2 company.Cuma 1 company tu cik tak print maklumat dia, akibatnya tak dapatlah tahu id utk semakan. Dan cik dah susahkan mentor cik yg sememangnya banyak kerja. Ingat nak senangkan dia tapi dah membebankan dia pula nak uruskan kesilapan cik ni. Haih. Walaupun dia kata ok, setelah aku kata sori.tapi aku rasa macam dia simpan dalam hati.mungkin. tapi tak baik prasangka kan..
Dan minggu ni juga aku dapat buat kerja-kerja staf lain disebabkan mentor aku tak da kerja nak bagi aku. Apa yg dah aku buat adalah, kol company utk suruh mereka ambil dokumen dan key in petty cash voucher utk stesen minyak punya kedai.
Entah la, dah 2 minggu aku praktikal kat sini. Aku tak pasti perasaan aku macam mana. Sebenarnya walau apa pun yg aku rasa, mereka tetap tak salah. Yg salah aku, aku yg kena betulkan diri dulu kan? Betul la tu.
Hangpa tu cik ni kalau ada buat salah , mesti cik akan fikir benda tu, fikir je tak henti.so mulalah cik jadi blur je..haih..
Cik tahu kita tak payah la dengar kata orang saja. Makasudnya pikir apa orang kata. Tapi pikir apa ALLAH kata. Cuma kalau apa yg org kata tu betul, cam mana?.
Cik sangat pikir apa orang kata.entah susah .Dan tadi cik jumpa petikan dalam buku menyukat keikhlasan diri karya misbah em majidy. Ni lah ayatnya
“Seseorang yg dadanya kosong dari nilai-nilai ikhlas berusaha mengatur ALLAH. Mata hati dan fikirannya buta utk mengerti bahawa Allah lah yg mengatur kehidupan manusia. Org yg tidak ikhlas hidupnya jauh dari Allah, serta berusaha melakukan segala cara utk menyempurnakan kehidupannya. Sedangkan org yg hidup ikhlas, hidupnya mengikut kehendak Allah serta dipasrahkan nasib dirinya kepada ALLAH utk diatur. Dia menerima segala ketentuan takdirNYA dgn tulus ikhlas”
Assalamualaikum semua...selamat sejahtera! Dah seminggu cik biarkan kib ni tanpa coretan kan? Rindu kat cik dak..hehe
La ni tengah nak mengupdate kan semula segala urusan, al maklum lah orang dah bekerjaya ni..busy sokmo, konon ja tuh..
Hah, minggu kedua cik berada di ofis, ok ja walaupun tak ok. Macam-macam story ada..
Utk tazkirah minggu kedua ni, kak yan yg menjadi ustazah pilihan,.dia story tentang 3 pemuda yg memohon kpd ALLAH agar membuka gua yg mengurung mereka. Cerita ni femes juga la. Dan moral of the story ialah apa pun yang kita buat tak kira baik atau buruk, ianya tak sia-sia..ada nilai di sisi ALLAH, kerna DIA MAHA TAHU..
Dan bos punya tazkirah pula pasal kelebihan hari jumaat, apa dia? Jom cari..
Dan dia story sikit pasal kalau kita nak nuat kebaikan, jangan tunggu sampai kita senang@mampu baru kita nak buat. Kalau susah, xbuat la?.tak jangan macam ni sebaliknya. Buatlah kebaikan walaupun kita susah sekalipun..insyaallah.
Dan paling cik tak dapat lupa bila bos panggil cik, utk sesi bersoal jawab. Yalah muka cik ni kan comei sgt (perasan,hehe). Akhirnya apa yg cik cuba sorokkan, bukan sorokkan lah tapi bg cik tak penting pun nak share.tapi dah terbagi tahu pada bos..haih, masak la..
Katanya dia risau, samada cik ni dapat sesuaikan diri denganpersekitaran opis dia @ tak, sebab dia tengok cik macam tak happy walaupun mulut sentiasa cakap ok ja. Dan bos cik ni memang pandai syko, sampai bergenang gak lah air mata cik ni..haha
Haih, macam macam..at least masih ada yg sayang...yg ambil berat dan paling penting DIA MAHA MENGETAHUI yg terbaik utk kita kan?
Ok, tutup story ni..ambil iktibar yea cik amira zura..
Dan minggu ni pengajaran yg paling besar yg cik belajar ialah bersyukur. Susah nak explain, masing-masing ada story masing-masing tp ni lah..cik temui ini..syukur! kita ni siapa? Asyik nak memberontak saja..
*Bukan sepanjang masa kita susah dan bukan juga kita tak pernah rasai nikmat itu..syukurlah.