Assalamualaikum wbt,
Jam sekarang menunjukkan angka 23:35 pm. Pukul satu dah kena tidoq! Sebelum tu cik nak story pasal hari pertama cik masuk ofis. Macam insiden berlaku. Mudahnya apa yg dapat cik simpulkan dpd kejadiaan yg berlaku hari ini adalah “ janganlah kita membiarkan putus asa untuk jadi baik, buat baik tu lenyap begitu saja kerna mood yg tak baik datang pada kita, kerna apa yg kita nak tak dapat”.
Entahlah, semakin nak jadi ‘baik’, semakin susah (bagi cik la). Ada ja tak kena, ada je tak puas hati. Bukannya tak tahu tapi susah betul nak ubah. Dan kalau berubah kerana apa?. Itulah, sometimes in good, sometimes not so good.
Hah, berbalik kpd cerita cik masuk ofis utk melaksanakan latihan praktikal. Ok
1) Hari pertama, cik dah terlewat dalam lebih kurang 13 minit, hari pertama tu! Dan cik juga gagal serahkan form-form yg sepatutnya cik serahkan kpd supervisor ofis cik tu pada hari pertama cik mula lapor diri. Ish ish, malu rasanya. Apalah persepsi mereka pada cik ni. Budak bermasalah?, ambil sambil lewa, .mulanya memang cik sgt risau akan hal ni, tapi cik teringat balik. Biarlah, dah ditentukanNya begini. Jap! Bukan cik tak usaha nak datang awal dan sediakan form-form tu sebelum mula lapor diri Cuma ada beberapa kekangan yg betul-betul cik tak dapat elakkan. Biarlah, benda dah jadi yg penting ambil iktibarkan. Hope cik enggak ulangi lagi kesilapan ini. Insyaallah!
2) Dan bila cik sampai dgn tergopoh gapahnya disebabkan lambat. Dan cik pun tak tahu nak masuk ikut mana dan kena tekan loceng rupanya.hehe. buat malu betul la .ish ish.
3) Dan yg bukakan pintu utk cik saat pertama melangkah ke dalam ofis tu ialah kak mai, yg rupanya dikehendaki menjadi mentor aku...wahhhhhhh.seram.
4) Masuk ja dalam ofis tu, ok Cuma blur-blur lagi. Rupanya ada 2 orang budak uum gak di situ. Dayana and azlin. Kedua-duanya sama kolej dgn cik........wahhh...
5) Kami tunggu lebih kurang 1 jam lebih sebelum staf-staf yg berkenaan ‘mendidik’ kami.hehe.
6) Dan dalam pada masa yg sama bos besar, En MH panggil masuk meeting. So ini adalah sesi taaruf katanya. Dan memanglah dah masuk rumah orang memang kena kenalkan dirikan....so bermulalah sesi perkenalan. YESSS..HAHA
7) Staf –staf yg ada kat situ adalah syila (dia ni budak praktikal gak, uia student Cuma masuk awal dari kami), ridwan, kak ifa (ketua bhgn co.secretary), ziha (dia ni xstudent uum), kak yan (mentor dayana), kak mai (mentor aku), kak syidah (ketua bhgian akaun) dan kak fatimah (supervisor kami+ mentor azlin + ketua bhgn audit).ok, dan last sekali tukang bancuh air yg ada ofis sendiri, hehe.bukan aku reka.tapi dia yg cakap) Dia adalah En. MH lar , sapa lagi.hehe
8) Bos besar story pasal nak apply lesen (nak jd macam dia la, buka firm sendiri), lepas tu apatah dia cakap pasal teori dan praktikal lain. Kena fahami industri macam mana. Lepas tu, transform teori ke praktikal dan dia tanya kami ada soalan ke nak tanya, kalau tak da dia yg akan tanya kami. Dan macam biasa..tak da.dan dia pun tanya apa yg kami faham tentang accounting dan kami pun jawab la. Dia kata accounting tu adalah SENI.seni?, macam manalah kan. Aku pun tak expert lagi nak explain kat hangpa..hehe
9) Overall, ok la environment ofis ni, staf-stafnya, bos besar pun macam ok (baru hari pertama, tak tahu nak komen, just alhamdulillah)
10) Dan inilah yang kurang digemari utk dilaksanakan iaitu : waktu peak periaod nanti kena kerja sampai 8 malam....wahhhhhhhh. dan syila kata hari sabtu pun kena kerja half day..wahhhhhhhh.haha...insyaallah, cekaplah kami nanti!amin.
11) Hah cerita pasal apa yg aku buat hari first ni kan:
-kak mai ajak aku masuk bilik file : ada fail current (working paper)apatah dan permanent...aku ni cepat betul lupanya. (t aku recall balik). Aku masuk bilik fail la, yg tersimpannya dokumen-dokumen client.
-so, hari ni aku buat PNM nsb....haha
-key in opening balances+ bank statement..Cuma tak siap lagi la tadi (terkial-kial aku buat) haih..org nogori kata lombap beno..hehe
-ofis ni guna MYOB.....Aku pula mmg lemah sikit bab-bak teknologi ni (tak pa usaha lagi, jgn mudah mengalah). Yalah, aku buat kerja ni berjam jam, tak siap siap .apalah dorang kata kan? Hah, FIKIR APA ORG KATA? Maknanya nak impress people ke?haih..
-dan setiap kerja yang kami buat kena rekod (bagus, accountability!)
12) Dan pergi makan tadi, beratur...teringat suasana di kafe kak TA....hehe, ok...jimat juga makan kat situ (tak ambil ayam)
13) Dan balik tadi jam 5 lebih, nak dekat pukul 6 ptg.
14) ALHAMDULILLAH, first day dah berlalu........tunggu hari kedua dan seterusnya. Jangka kan yg baik, insyaallah baik datang!
Penat juga lepas balik kerja tadi, travel ke pkns dan ke maybank bus stop dan seksyen 20, dan PH/BL., alhamdulillah.
*telanlah apa jua yg datang dgn menyedari siapa kita!
Kita hamba kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan