Salam, semoga bernafasnya kita dengan penuh rasa kesyukuran.
Alhamdulillah,.masih lagi dijagakan, masih lagi diberi penglihatan, diberi pendengaran, diberi keupayaan bergerak. Alhamdulillah, ALLAH maha besar!
Baru lepas test teori memandu. ALHAMDULILLAH! Pas..!
Acik yang handle aku punya urusan lesen ni selalu beri nasihat, contohnya “ bila test nanti, ingat ni.....jangan lupa tu...tak pakai tali pinggang terus out time test jpj t” haih macam macam..bagus la..manusia kan mudah lupa (bukan melayu saja). Cuma rasa something, kenapa bila macam ni baru nak ikut peraturan, kenapa bila nak diuji baru nak buat yg sebetulnya. Kenapa tak buat perkara yg betul ni pada bila bila masa pun tak kira lah bila kita berseorangan tanpa dilihat sesiapa pun. Ni yang kita sedar, tapi sebenarnya bukankah ALLAH itu maha melihat, sentiasa ada bersama sama dengan kita malaikat yang mencatat baik buruk tingkah laku kita. Kenapa masih?. Hopefully, aku sendiri nanti dapat buat perkara yg sebetulnya juga dan pada masa sekarang ni juga tika berada di post penumpang. Yalah, aku sendiri akui agak susah untuk diri aku memakai tali pinggang keledar bila orang yang memandu pun tak pakai. Macam mana tu. Haih, baiklah jangan mengeluh..mulai saat ni lakukan perkara yang betul/benar. BUAT keranaNYA, BUKAN sebab yg lain tu.
Dan teringat juga kata kata lethurer teori amalan perakaunan aku , “kalau kita accountability pada ALLAH, pasti kita akan accountability pada apa yg kita buat juga”. Yalah, di sinilah wujudnya kesedaran bertuhan. Tak da buat perangai bila namapak polis baru nak pakai tali pinggang keledar tu, contohnya.
Tadi juga aku belajar something lagi. Ada la seorang budak perempuan ni yg sama sama ambil test teori ni, Cuma dia fail. Terdengar perbualan dia dengan ayahnya. Dia kan dia gagal....dan selepas beberapa ketika aku terdengar ayahnya kata “tu la merayau rayau......” lepas tu budak ni terus tutup fon dia. Entahlah, aku jadi sebak pula. Yalah teringat macam ni lah perangai anak anak (DIRI aku sendiri, adik adik aku) dan ibu bapa yang just tahu nak marah marah saja. Tapi kan tak elok bersangka sangka; mungkin budak ni dan ayahnya tak faham, tak sedar akanNYA. Sekiranya sedar tak mungkin berlaku nseperti ini kan/?
Ni lah, ragam kehidupan. So amira zura, bukan hang saja ada ‘hal’, orang lain pun ada. Cuma cara kita hadapinya saja berbeza. Mungkin!
PROF MUHAYA kata
"kita tidak akan dapat mengubah orang lain, sebab semua ALLAH beri hidayah. Manusia hanya berubah bila dia nak berubah tetapi selalunya manusia ini dipengaruhi oleh 2; buku yg dia baca @radio/media yg dia dengar dan org yg dia jumpa.
-berdoa
-jangan biarkan masalah dia masuk dalam jiwa kita dan membina neraka dalam diri kita,
bila dalam diri kita penuh neraka, penuh susah hati/penuh masalah maka akan pergi kpd kesihatan kita..tak sihat, mood kita tak elok, tindakan tak elok, hubungan dgn org tak elok, hubungan dgn ALLAH lagi tak elok, semua akan jadi kitaran ganas.
-1) betulkan diri kita, jadikan diri kita kuat(beragama, hidup dgn cara yg betul)
-2)sebelum nak nasihatkan org kita sendiri sebenarnya mesti mantap dulu. (fizikal, mental, spiritual, hubungan, kewangan)
InsyaALLAH...”
So, terpulang pada kita untuk memilih Cuma pilihlah mengikut sunnatullah. YANG BENAR/YANG BETUL semestinya! (INGATAN untuk diri aku)
Be positive..yang akan datang sure +ve!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan