Assalamualaikum wbt, salam buat semua! Moga baik hendaknya.
Baru check result semester terakhir.
1) Kecewa lagi. Turun lagi. Yea sebabnya memang salah sendiri. MAN JADDA WA JADDA kan?
2) Tapi jauh di sudut hati yg masih ada rasa itu, syukur.ALHAMDULILLAH! SEBAB still pas! Tak perlu susah duduk exam semula kan?
3) Dan yg teramat terasa.. company secretary’s subject alhamdulillah! Tak sangka, pn nasyitoh memang tolong student student dia. Dan yg paling penting semuanya dariNYA juga. Dia yg mengizinkan. Yalah hangpa tau, utk subject ni memang dalam dewan exam tu, tah apa apa tah cik jawab. Bantai je. Tu la study last minute kan. Dan tak fokus pun. Tapi syukur. Terima kasih ya ALLAH.
Bila tengok balik result ni dan akan dicampur dgn result praktikal nanti rasanya memang tak lepas nak dapat 3 tu. So, lepas ni bidang aku mungkin bukan ACCOUNT lagi. Paper account semua c, macam mana tu? Akauntan, auditor? Macam tak layak. Memang pun. Dan sekarang ni baru berlalu 3 hari bekerja di firma akaun, memang kena biasakan yang tak biasa lagi tu. Contohnya, kena buat kerja pantas sikit, kena komunikasi sikit, ...banyak lagi la kena diubah. Haih......so insyaALLAH, Dia tahu yg terbaik utk kita semua. Usaha + doa + tawakal yea. Bersandarlah padaNYA, nescaya kita tak sanggup nak tanya kenapa lagi kan?
Setakat ni kerja aku sebagai budak praktikal, just key in data...utk satu company. Tapi ralat sikit sebab aku masih kabur kabur dengan prosedur/polisi firm ni. Yalah, mereka tak briefing pun, just bagi tahu kami apa yg perlu dibuat dan ajar apa yg perlu dibuat tu lah tapi yg perlu kami ketahui sebenarnya belum terjawab. Haih, aku kena yg kena buka mulut dan tanya. Hangpa tau, banyak benda cik nak tanya tapi pertanyaan tu just bermain main di kepala otak cik ni ja, tak keluar pun dari mulut cik yg mungkin ada emas ni..hehe
DAN esok, sabtu. Kena kerja juga. Ot..kena 5 jam tau!
Haih bos besar, staf kat situ kata la “ En H ni particular”. Betul ke ejaan ni. Entah tapi aku tau la, particular tu macam, detail la kan?
Haih, bukan mengeluh eh just luahkan. Banyak benda nak buat, rancang. Selalunya apa yg kita rancang mestilah yg baik baik kan? Tapi tu lah, .aku masih lagi tak bermujahadah betul betul. Tak buat lagi benda benda yg perlu aku buat sebenarnya dan ketepikan dulu benda yg aku suka buat.
Selagi nafas ni masih ada, marilah sama-sama kita berhijrah ke arah yg +ve tu. Dan tadi juga , ada bacaan yassin and tazkirah dpd supervisor praktikum aku tentang maulidur rasul iaitu kelebihan menyambutnya. Selepas tu bos besar sambung tazkirah dia pula. Dia ulas pasal ayat 1-11 yg menceritakan tentang nabi kita, Rasulullah saw dalam surah yassin ni. Dan ada juga menyentuh tentang perkara ghaib, yalah soal neraka @ syurga. Dan neraka diibaratkan macam berada di gua yg ada api di mana ianya membakar tubuh kita dan tubuh kita itu akan pulih kembali dan dibakar dan berulang ulang lah proses tersebut. Serta tentang arus elektrik yg memang kita tak nampak tapi kita tahu benda tu ada kan? So fikir fikir kanlah. Bos cakap sesi tazkirah ni diadakan utk memberi info info, yalah kita bukan tahu semua perkara. Apa yg kita tahu, kita share kan.
Alhamdulillah!
*Selagi kita tak betul-betu/benar-benar mengenali seseorang itu, selagi itu banyak persepsi akan timbul dalam benak kita. Seharusnya persepsi itu yg elok elok saja. Bak kata tak kenal, maka tak cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan