Khamis, 22 Disember 2011

Towards Success: From the deepest heart!



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera!
Hangpa apa khabaq? Moga baik- baik hendaknya. Cik baru habis kelas csp ( ompany secretary & practice). Overall semua kelas dah habis tapi Cuma satu kelas ja tinggal. Hangpa tau kelas apa? Kelas paling cik gerun nak p, kelas teori amalan perakaunan=TAP. Hehe
Gerun sebab ‘lecturer’nya memang power habis lah. Memang gaya dia, cara dia mendidik kami. Setiap orang kan berbeza. Dan kelas terakhir dia nanti isnin ni 26 dec 2011, cik kena bersiap sedia menjawab soalan yg akan dia tanya sebabnya cik lah antara individu yg sampai la ni dapat zero mark utk participation mark. Ha, tak ke haru? Sedih tau. Kita je “terasing”. Tapi bila pandang dari sudut +ve kan, ni semua atas diri kita juga. Diri cik, cik yg tak bersungguh. Dah macam-macam motivasi diberi utk ‘up’ kan ‘level of confident’ tp masih lagi begini. Esoknya nak present, malam sehari sebelum tu baru terkial-kial nak prepare. Mana la dapat yg terbaik.
La ni sedar, sebelum ni pun sedar. Cuma nak take action ja ‘hard’ sikit. Yalah cik dah biasa dengan kebiasaan cik ni. Bila dah jadi macam ni, bila dah ditekan macam ni mestilah sakit. Bagi cik susah sangat nak berubah. Tapi cik tahu baiknya berubah tu. Macam mana eh.
Cik memang bukan A student. Cik hanya rely on buku. Tapi bila disuruh explain memang cik terdiam kecuali time exam, memang cik akan jawab juga walaupun tak confident sebabnya kan tulis saja tak payah bercakap. Haihh. Maknanya cik ni tak coleh nak bercakap /menyampaikan apa yg nak cik sampaikan ke. Cik pernah terasa, bila cik tengok orang-orang yg macam sengau atau ada sumbing tu cakap atau present. Cik rasa macam “kenapa diorang yg ada kekurangan dari segi fizikal untuk bercakap dengan baik tapi mereka masih betul-betul berusaha nak menyampaikan. Dekat sini memang jelas lah usaha. Usaha mereka dan usaha cik. Cik kurang berusaha kan atu langsung tak berusaha. Pepatah ada mengatakan “practice make perfect”. Betul lah ni. kalau tak berlatih, tak bersedia manalah nak dapat impact yg baik kan kecualilah kalau kita benar-benar ‘lucky’ person.
Dan untuk itu, cik rasa cik yg bermasalah. Macam mana cik nak teruskan, apa yg patut cik buat?
Menghitung hari nak meninggalkan bumi sintok ni dan pergi ke alam pekerjaan yg ‘real’. So tak tahu macam mana. Cik rasa macam tak nak habis belajar pula, sebab rasanya macam banyak lagi cik tak tahu, tak sedia nak hadapi dunia’ practice’ tu. Tapi masa yang dah berlalu for sure tak dapat diulang kembali. So nasihat cik pada mereka yang masa belajar secara formal, belajarlah untuk mendapat ‘knowledge’ bukannya A SEMATA. Dan paling penting jangan tunggu penghujung baru nak buat betul-betul, memang akan sakit. Macam cik lah. Baru kini cik sedar kepentingan belajar bersungguh-sungguh dari awal, supaya kita tak hadapi kesukaran sangat nak hadapi masa depan sebab kita dah biasa buat. Kalau memang tak biasa nak rajin baca buku sejak masuk universiti lagi contohnya memanglah susah nak buat bila kita nak buat di akhir-akhir sem katakan. Samalah macam cik, bila memang dah bisa tak participate, present pun buat ala kadar. Manalah boleh tiba-tiba ja gempak kan. So, usaha kita.
*luahan hati di sini , tak bertemu lagi dengan person yg cik boleh luahkan apa yg cik rasa. Tapi yang pasti, DIA sentiasa ada utk kita, Cuma kita. pasti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan