Isnin, 5 Disember 2011

Towards Success: hari-hari yang kritikal



Assalamualaikum, wbt. Salam sejahtera.
Hangpa ok ke? Hope tetap ok walaupun sometimes tak ok, yelah sometimes lah..tak kan lah kita tak pernah gembira, tak kan lah. Pasti ada, syukur!
Hahha. Minggu ni dan sebelum tamatnya pembelajaran semester ni, dijangka 29 dec ni. Cheq dalam situasi genting ni. Almaklum lah bukan cheq saja. Kami semua sedang bertungkus lumus melengkapkan assignment, presentation dsbgnya. Perasaan dalam keadaan berjaga-jaga. Ya lah bila-bila masa je boleh jadi “emo person”. Kalau macam tu sentiasalah sedar padaNYA. Insyaallah kita akan sedar akan apa yg kita lakukan ketika ini adalah kehendakNYA. So tal mau lah tension-tension (ceh, ni ingatan tu diri sendiri juga-kadang2 tak sedar kelakuan diri menyebabkan orang lain terasa).

Dan la ni kena bergerak pantas dan konsisten. Terus bekerja keras dan ubahlah strategy yang tak dapat digunapakai lagi tu. Sekarang masa untuk memecut. Baru dapat ayat ni “ fast and consistent always beat the slow and steady”.
So. Di sini cheq nak habaq awal-awal; cheq mohon maaf sekiranya ada membuatkan hati sesiapa terluka sebelum, semasa, dan selepas ini. Kadang2 cheq tak sedar dan tak dapat control emosi lebih2 lagi dalam waktu kritikal macam ni. So mohon maaf. Tak da sapa pun yang hidup di dunia ni untuk melukakan hati insan lain Cuma ketidaksengajaan. Seharusnya belajar kawal emosi itu lebih baik, kerana luka yang ada di hati orang selepas dia dilsakiti parutnya tetap ada. (ingatan utk cheq khususnya).
Ok, sama-sam kita berjuang. Bukan hanya untuk exam, graduation,....tapi untukNYA pasti. Cakap memang mudah, nak buat memang payah tapi tak mustahil!.Tingkatkan keinginan, carilah ilmu, doa padaNYA agar diteguhkan iman kita semua. Amin.
Salam perjuangan, amira zura


Tiada ulasan:

Catat Ulasan