Assalamualaikum wbt, salam sejahtera
Kembali lagi selepas mid semester break,.huuuuuh
Perasaan bercampur baur dan
Kira-kira dalam 10 minggu lagi lah cheq akan berada di sini (lembah sintok). Mungkin lah atas sebab tak pasti apa yg terjadi pada masa depan. Mungkin dah kembali padaNYA..tak tahu tapi itu dah semestinya. Bercakap tentang kembali, mengingatkan cheq pada Arwah ydp silat cekak ni yang mana telah meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Yang pergi tak kembali lagi. Cheq tak da la kenal sgt arwah tapi cheq kenal dia sebab cheq satu persatuan dgn dia. Memang tak sangka, patutlah cheq macam familiar je bila dengar nama arwah ni. Rupanya pernah kenal. Al-fatihah, moga berada di kalangan orang yang diredhaiNYA. Amin.
Bercerita tentang cuti
Kehidupan di rumah mengajar cheq erti kasih, erti sabar, erti syukur. Wahh. Duduk kat rumah ni, cheq la yg jadi chef. Nana kata dia tak sabar nak balik sekolah, nak rasa cheq masak, hehe sedaplah konon. Tapi dia ada kata makin lama prestasi masakan cheq tak meningkat. Awal-awal je sedap, semakin lama semakin kureng lar. Amboi, kalau komen nombor satu noh. Tak pe lah, cheq boleh terima sebab cheq rasa cam tu gak. Yalah, masakan yg cheq masak memanglah boleh di makan tapi kurang berkhasiat dari segi zatnya tapi bab kebersihan. Insyaallah tak boleh dipertikaikan eh!hehh
Nak memasak ni kena cool, tak boleh merungut.sebabnya kita nak bagi orang makan masakan kita. Hal ini pun boleh tentukan sama ada masakan kita sedap @ tak. Haih, duduk rumah dan menjadi seperti suri rumah. Memang memenatkan, tak caya? Cubalah. Walaupun nampak je kerja yang sama dibuat dan mungkin tak banyak kerja tapi memang adventure gak lah. Perlukan kesabaran yang tak berbelah bagi.
Ni baru part memasak, belum lagi part menjaga baby.
Menjaga baby, overall best walaupun kadangkala geram gak bila dia tak mau dok diam......hahhhh
Dan bila balik sini selepas lebih kurang 10 hari kat rumah, memang terngiang-ngiang la kenangan masa di rumah tu. Hah nak balik........hhhhhhhih
Balik u, masih seperti dulu. Tanggungjawab.
18:48 111111
Tiada ulasan:
Catat Ulasan