Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera:)
Bagaimana hari anda?moga sentiasa dalam lindunganNYA.
Hari ni (28 october 2011), aku nak cerita pasal kehidupan. Kehidupan di dunia yang mana ianya hanyalah seperti sebuah permainan serta kita ibarat musafir yang singgah sebentar di sini. Masing-masing diberi tanggungjawab, masing ada kehidupan sendiri. Yang pasti sumbernya dari yang satu juga. Hiduplah selagi hidup! Selagi terasa hembusan, bersyukurlah! Tak akan ada lagi peluang kedua untuk bermain @ bermusafir lagi. Kata orang dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Bagaimana pula kedudukan dunia di hati kita? Syurga kah @ seperti penjara kah?.
Hidup untuk beribadat, hidup untuk diuji, hidup untuk berbakti, Hiduplah sebaiknya kerana hidup di dunia ini hanya sekali. Tahukah kita mengapa kita mesti hidup?.
Aku masih lagi terhenti. Terhenti dalam duniaku sendiri. Ya Allah, bantulah kami mencari jalanMU. JalanMU yang pastinya benar!
Teringat pertanyaan letchurer csp aku “ antara sekolah rendah, sekolah menengah atau universiti, yang mana satu best?”. Masing-masing ada jawapan dan yang pastinya jawapan itu menunjukkan tahap kegembiraan kita di situ. Tapi letchurer aku cakap sepatutnya hari ini lebih baik dari semalam kan?. Hahh. Betul la tuh, hari ini mesti lebih baik dari semalam. Semalam kita buat salah dan silap, dan hari ini kita cuba tak ulangi salah dan silap tu lagi kan. Dan itu yang mengajar kita menjadi lebih baik!. Kita tak kan pernah melalui proses hidup yang lebih baik dari hari ke hari, kalau kita tak pernah gagal. Kegagalan akan menjadi pemangkin, kegagalan akan menjadi pemukul, Kegagalan akan menjadi reminder kita semua. Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh!
Aku pernah dan banyak kali gagal. Gagal dalam definisi aku.
Apabila kita semakin tahu sesuatu dan apabila kita kembali semula pada masa kita tak tahu, pasti terasa yang dahulunya kita berada dalam dunia kita sendiri. Contohnya aku sendirilah, tadi baru kemas-kemas baju untuk dibawa pulang ke rumah, jadi bila dibelek-belek semula baju-baju tersebut, rupanya masih tak memenuhi spesifikasi etika pakaian yang sebenarnya, jadi terasalah dahulunya aku masih tak nampak dan masih lagi terhijab. Sekarang bila dah tahu itu, memang ada rasa nak buat yang sepatutnya. Dan bila tengok orang-orang lain yang tak juga mencapai tahap etika pakaian yang baik ni, terasa juga aku, mungkin mereka juga tak nampak lagi seperti aku dulu. Jadi doakanlah yang terbaik untuk mereka dan aku juga agar tahu dan mahu mengikut KataNYA.
Hidup juga bermakna kita akan sentiasa bergerak bukannya kaku semata. Bergerak menuju cinta apa yang kita cintai. Apa yang kita cintai? Demi cinta, pastinya kita sanggup mengorbankan segala apa yang ada. Demi cinta, pastinya juga kita akan memerah segala keringat yang ada untuk sampai kepada apa yang kita cintai. Mencintai akan pasti adanya harap dan kebergantungan pada apa yang kita cintai itu. Selagi masih ada pengharapan, pasti kita sanggup menerokai segala keperitan itu. Pengharapan itu datangnya daripada rasa takut yang akan membuahkan kesabaran untuk tidak menghiraukan segala kesakitan dan kepayahan itu. Demi cintaNYA pasti!
Jika kita benar beriman, pasti kita akan diujiNYA untuk melihat sejauh mana keyakinan @ keteguhan kita menerima takdirNYA itu. Yakinlah dengan doa yang dipinta dan bersangka baiklah padaNYA. DIA tak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia, belajarlah!. Kita juga tak kan menemui orang yang salah melainkan kita yang .....(ingatan utk diriku). Dulu aku selalu fikir/rasa, kenapalah aku jumpa dengan orang itu (yang pastinya tak kamceng dengan aku) tapi sekarang selepas dah sedar ni, rasa rupanya itu semua tak pernah salah melainkan aku cuma. Ada sesuatu yang aku kena belajar!
Now**
Aku menulis untuk ingatkan diri, dan mungkin juga orang lain dapat belajar sesuatu dpd kisah orang lain. Seperti petikan kata-kata:
Imam Hassan Al- Basri ini :
“ Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwahnya apabila dia sempurna, nescaya tidak akan adanya Sang Penyeru (Dai). Maka, akan jadi sedikitlah orang yang akan memberikan peringatan.”
Serta dpd brohamzah juga:
Slogan tarbiyah yang dipelopori oleh Sheikh Musatafa Masyhur : “ Perbaikilah Diri Kamu dan Ajaklah Orang lain,” adalah suatu slogan yang sangat dinamik, proaktif dan prodiktif. Seruan untuk kita melihat, merenungi, memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti diri dan pada masa yang sama – ajaklah orang lain dengan penuh kasih sayang.
**sama-samalah kita!
Demi sebuah kehidupan yang diredhaiNYA, melangkahlah dalam kesedaran SENTIASA agar diri kita SENTIASA tenang menerokai keperitan itu untuk menuju cintaNYA pasti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan