Selasa, 15 November 2011

USRAH TERAPI JIWA MUSLIM: first time!



Assalamualaikum wbt, salam sejahtera! Pa habaq? Moga baik –baik hendaknya.
Hah, tadi cheq p usrah bersama 2 teman dan seorang ummi. Perasaan tenang dan teruja.  Ni lah kali pertama cheq join usrah ni. Sebelum ni tak da kesempatan lagi nak join. Alhamdulillah, hari ini dapat juga.
ALHAMDULILLAH-HIDAYAH-ILMU-ZULHIJJAH-WANITA-ASAL KEJADIAN MANUSIA- HERCULAS- SOLAT MALAM
Kat atas ni adalah key point usrah tadi.
Alhamdulilah,
selalunya kita ucap perkataan ni bila dah makan, bila dah selesai something, just yang berunsur fizikal. Tapi sebenarnya ucapan ni perlu juga pada perkara-perkara spiritual yang telah kita buat contohnya selepas kita tunaikan solat dhuha@solat sunat yang lain, selepas kita dapat berbuat kebaikan. Sebabnya agar kita terus beramal secara konsisten, supaya ianya dapat mengikat serta menambah amal yang kita mahu laksanakan.
Hidayah,
Dalam sehari at least kita memohon hidayah padaNYA sebanyak 17 kali tetapi kenapa kita tidak memperolehnya juga??.Ibarat kita masuk ke dalam hutan  dan dibekalkan dengan kompas dan makanan tapi kenapa kita masih tak temui jalan??. Salah satunya kerana ILMU. Seterusnya tanya padaNYA, mintalah dengan ikhlas. Janganlah kita jadikan solat serta amal kebaikan yang lain hanya sebagai ikut-ikutan sahaja. 5 jenis HidayahNYA;
1)            Tabii, di mana diberikan kepada semua makhlukNYA. Contohnya, macam pokok diarah pada cahaya, manusia bila tangannya terkena api dia akan cepat bertindakbalas kerana panas itu dan lain-lain.
2)            Pancaindera, di mana diberikan kepada haiwan dan manusia. Contaohnya mata untuk melihat.
3)            Akal, hanya diberikan pada manusia yang membolehkan kita membina tamadun dan sebagainya.
4)            Islam, dianggarkan kini, hanya kira-kira 25% sahaja manusia yang mendapat hidayah islam ini. Walaupun  manusia dapat membina tamadun kerana dikurniakan akal tadi tapi sebaliknya jenayah, kemungkaran tetap berleluasa. Sebab belum memperoleh hidayah islam ini.
5)            Dan yang kelima ini tak dapat dikongsikan kerana ummi tak sempat nak dengar ceramah ustaz tersebut di IKIM fm. Hangpa tolonglah cari sama apa dia lagi satu ini yea.
Zulhijjah,
Pasal ni, aku pun baru tahu sebabnya sebelum ni aku tak berapa ambil kesah pasal kelebihan bulan-bulan islam ni, just tahu serba sedikit terutamanya bulan Ramadhan. So, selepas ni bolehlah kita sama-sama tingkatkan pengetahuan dan kemahuan untuk beramal dalam bulan islam ni. Banyak kelebihannya.
Wanita,
Bercerita tentang tafsir surah An-nisa:34. Lelaki diberi kelebihan olehNYA berbanding kaum wanita kerana lelaki adalah pemimpin. Lelaki yang jadi imam, lelaki yang jadi bilal, lelaki yang jadi saksi.  Silalah buka Al-Quran, sama-sama kita belajar!. Key point yang sangat penting cheq belajar daripada ni ialah isteri perlu taat pada suami. Wanita yang solehah adalah yang taat pada suami dan menjaga kehormatan. Sekiranya memperoleh redha suami, insyaallah syurga itu pasti!. Suami berada di no3 selepas Allah dan Rasul. Wahh, besar tanggungjawab selepas berkahwin ni.
Asal Kejadian Manusia,
Tentang hadis nabi saw, dpd Abu Abd al-Rahman. Rasulullah saw dah tahu kajian tentang sains ni, dan baru sekarang ni para pengkaji sains dapat tahu tentang asal kejadian manusia. Silalah cari hadis tentang ni. Cheq pun kena belajar lagi pasal hadis-hadis ni. Tak berapa tahu dan sebelum ni kurang mengambil tahu tapi sekarang ni dah ada keinginan nak tahu. Sama-samalah kita yea.
Herculas,
Hangpa kenal ke? Cheq pernah dengar nama je sebelum ni tapi tak tahu siapa dan macam mana dia. Herculas ni pemerintah zaman ROM, dia tahu kebenaran islam tapi dia takut. Hah, jom cari info pasal ni boleh tambah ilmu lagi.
Solat malam,
Macam mana nak konsisten tunaikan solat malam dan nak buat amal kebaikan. Ummi kata tingkat keinginan, cakap/minta padaNYA agar kita mampu laksanakan amal kebaikan ini. Selain itu istighfar sokmo! Supaya kita senang nak bertemu denganNYA. Sebab kadangkala dosa yang kita dah lakukan tu menyebabkan kita sukar untuk menemuiNYA.
Dan kesimpulannya, kita semua ni adalah warga akhirat yang dicampak kan ke dunia. So, apakah tanggungjawab kita? Syukurlah kita masih ‘ada’. Masih sempat bertaubat, masih mampu menyemai amal. Jangan sampai bila sudah kembali baru kita tersedar.
Cheq rasa masih lagi banyak kekurangan pada diri ini. Ilmu tak setinggi mana inikan pula amal. Sama-samalah kita belajar! Ambil tahu!dan MAHU kembali padaNYA. Dan kerana ALLAH pasti!
*Maaf sekiranya tersilap apa-apa information dalam catatan kali ni. Cheq dalam proses pembelajaran. Insyaallah.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah.. sama2 kita belajar untuk meningkatkan ilmu agama. Org yang menuntut ilmu( lebih2 lagi ilmu agama0 Allah permudahkan jalan ke syurga..

    BalasPadam