Assalamulaikum wbt, Salam sejahtera, Salam persahabatan
AKU ingin BERUBAH,sama seperti anda semua. Selagi kita bernafas pasti rasa nak jadi lebih baik, lebih bagus tak akan hilang dalam jiwa kita kan. Aku nak berubah dan semestinya ke arah yang lebih baik. ”Baik” macam mana?.
Sekarang ini aku dah nak menjangkau 22 tahun. Dalam tempoh masa ni, macam-macam dah terjadi. Suka, duka, masam manis kehidupan telah mewarnai hidup aku tapi aku masih aku. Aku yang mudah goyah, masih lemah dan yg paling aku kesalkan aku masih tak dapat nak membahagiakan orang-orang di sekelilingku.
Ya, setiap kita berbeza. Jalan kita tak sama, kerana itu kita tak boleh membanding- bandingkan diri kita dengan orang lain. Tapi pasti kita semua mahukan kebahagian kan?. Semuanya terletak pada diri kita sendiri macam mana kita menafsirkan ERTI sebuah bahagia itu.
Aku nak berubah,
Berubah kerana siapa?
Berubah macam mana?
Berubah sebab apa?
Kawan-kawan, ingatlah tiada jalan pintas untuk berubah. Kata orang “semakin matang kita semakin besar cabarannya”. Kalau ingin belajarlah!
Aku nak berubah keranaNYA. DIA yg sentiasa ada dekat dengan kita Cuma kita yg tak ambil kesah. Aku selalu larut dalam khayalan dunia. Tapi kerana kasih sayangNYA aku masih hidup dengan baik. Terima Kasih ya ALLAH.
Aku ingin berubah, berubah, berubah.......maknanya aku bukan berada di zon yang selesa namun bukan pula terus resah gelisah memikirkan masa lalu mahupun masa depan yang tak pasti. Kata orang “semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang dan esok adalah harapan.
Berubah? Ya berubah menjadi hamba. Hamba yg mentaati TUANnya. Hamba yang mengenal diri, hamba yang sedar diri. Lantas dapat mengenal PENCIPTAnya, tahu kerana apa aku diciptaNYA. Ya berkata-kata memang mudah, tak semudah nak mengamalkannya. Oleh itu, apa yang patut aku lakukan? Aku tahu, aku mahu tapi aku masih begini. Kata orang “Ketika kita ingin dekat dengan Allah, Allah pasti menuntun kita”. Ya DIA memang dekat dengan kita. Cuma kita?Cuma aku?
Aku bahagia kalau orang lain bahagia? Ya memang itu, Cuma kadang kala terdetik di jiwa ini mengapa jalan aku begini? Begini, bagaimana? Jalan aku penuh duri penuh liku. Tidak bersyukurkah aku? Bukan, bukan begitu. Cuma
Aku mendambakan kebahagiaan. Dipetik dpd kata-kata Ustaz Pahrol (genta rasa), KEBAHAGIAN itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Ya, memiliki hati yang tenang. Kawan-kawan semua macam mana? Pasti nak miliki hati yg tenang juga kan, mesti nak bahagia juga kan. Hidup di dunia hanya sementara, di sinilah kita bertungkus lumus menanam benih-benih kebaikan untuk dipetik hasilnya di negeri AKHIRAT nanti. Paling utama segala kebaikan yang kita lakukan adalah berpunca dpd kasih sayangNYA. Tiada apa milik kita, kan kita Cuma hamba. Hamba yang mengikut kehendak TUANnya.
Kawan-kawan, tahu dan fahamkah kita tentang sebelum adanya kita di dunia ini, DIA telah mentakdirkan jalan hidup kita. Oleh itu, usahlah kita ikut serta dalam mengatur hidup kita. Tapi bukan pula bermakna kita perlu berserah tanpa berusaha. Ingatlah, tiada apa datang tanpa sebab. Jadi sama- samalah kita kembali kepadaNYA. Segala yang baik datang dpd ALLAH dan apa yang datang dpd ALLAH adalah yang terbaik.Jika yang datang membuatkan kita duka, sakit, patah hati dan segala macam persoalan itu dan ini, yakinlah itu yang terbaik utk kita dan ambillah iktibar dpdnya.
Bermadah memang mudah, aku masih aku. Moga kita sama-sama kuat, tabah, dan dibesarkan jiwa ini utk terus berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari. Kata orang “Hari yang baru, adalah hadiah dpdNYA. Oleh itu, teruslah kita melangkah tanpa lelah sebaliknya sertakan diri kita bersamaNYA. Insyaallah, Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, Maha Mendengar segala rasa hati kita. Teruskan rasa ingin berubah yang pasti untuk mendapatkan kasihNYA. Jika DIA sayang pada kita, tiada apa lagi yg perlu kita gusarkan.
Ayuh, kawan-kawan walaupun terjatuh teruskan bangun, melangkah dan berjalan dengan rasa kehambaan padaNYA.
DIRIKU
- Diri ini ingin berubah menjadi hambanya yang “baik”.
- Diri ini ingin berubah menjadi anak yang soleh.
- Diri ini ingin menjadi manusia yang berguna pada agamanya, masyarakat.
- Diri ini ingin tersenyum , membuat orang lain sama sama tersenyum walaupun pahit menerjah.
- Diri ini ingin menemuiNYA dalam keadaan yg “baik”.
Setiap orang ada impian, impian tidak akan menjadi kenyataan jika tiada daya usaha. Teringin nak jadi kaya seperti sabda Rasulullah S.A.W “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “ Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
“Ya Allah aku berlindung denganMu dpd kemalasan, kelemahan, sikap pengecut, kerungsingan, serta azab kubur. Ya Allah selubungilah hatiku dengan ketakwaan serta sucikanlah ia kerana Engkaulah yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah penguasa dan pentadbirnya. Ya Allah aku berlindung denganMu dpd ilmu yang tiada berguna, hati yg tiada khusyuk, jiwa yg tidak pernah kenyang serta doa yg tidak diterima.”
insyaAllah..semoga kita istiqamah dengan perubahan yang dibuat..perubahan itu adalah satu pengorbanan..
BalasPadamterima kasih sudi join.sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq