Isnin, 30 Mei 2011

jalan-jalan ke rumahNYA

Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera. Moga masih mampu terSENYUM ;)

Semalam dpt info dpd seorang sahabat, katanya rombongan umrah ziarah pusat islam dan 3 orang anggota Delegasi Ilmu Timur Tengah 6 (DITT6) akan bertolak esok (hari ini lah 30 mac 2011). Tapi aku dpt  nak follow menghantar mereka ke KLIA disebabkan ada hal lain. Hanya dari jauh aku  dan kami ahli DITT yg lain memanjatkan doa utk mereka semua. Moga selamat pergi, tabah menjalani ibadat ini serta selamat pulang ke tanah air. Jgn lupa bwk ole-ole ;P


Setelah beberapa tahun bertungkus lumus mencari dana utk ke sana ditambah dengan berbagai rencah yang terjadi dalam pengurusan DITT ini, akhirnya mereka bertiga dipilih ALLAH utk ke saana dahulu. Insyaallah, dgn izinNYA juga, julai ini DITT 7 pula akan menyusul. Doakan yea.:)


“Labbaikallahumma labbaik, labbaikala syarikalaka labbaik, innal hamda, wanni’mata, lakawalmulk, la syarikalah”.
HambaMu datang menyambut panggilanMu Ya ALLAH.
HambaMu datang menyahut panggilanMu (2x).
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.
Tidak ada sekutu bagiMu.

Mekah adalah tempat untuk membina keimanan terhadap ayat– ayat Allah. Setiap inci bumi Mekah menyaksikan penyampaian risalah Islam peringkat Makkiyyah (wahyu yang turun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah).

Pasti kita semua berhasrat untuk ke rumahNYA, cuma hanya DIA tahu bila pula giliran kita kan. Berusahalah untuk ke sana, berdoalah untuk ke sana dan ingatlah, dipetik dpd kata seseorang:

Seru sentiasa berkumandang. Allah yang berhak memilih tetamuNya, tetapi kita perlu kuat berusaha dengan perancangan awal. Carilah seru anda sendiri kerana hidayah perlu dicari, ia tidak datang secara subsidi.

Haji/umrah memerlukan pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan fikiran. Bukan mudah untuk berkorban, namun kita perlu melakukannya bagi mendapatkan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti terutamanya mawaddah dan rahmat kasih sayang dan keampunan Allah. Kita perlu menyakini, dengan sedikit pengorbanan dan keikhlasan, Allah mempermudahkan perjalanan suci menyahut panggilan Illahi.

Bagaimana Nabi Ibrahim terpaksa berkorban meninggalkan Hajar dan Ismail di padang pasir, di sebuah lembah tanpa air dan makanan. Kini, lembah itu menjadi pusat ibadah terbesar di dunia. Di situlah tempat yang kita akan tuju. Allah yang menguruskan kehidupan Hajar dan Ismail walaupun ditinggalkan di padang pasir.

Ya, PENGORBANAN. Pergorbanan kita sebenarnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka.  Sejauh, sedalam dan setinggi manakah keikhlasan kita untuk melakukan pengorbanan ini. Dipetik dpd kata-Kata En. Fuad Latip (JPHBT) :

Biarlah hati kita tidak senang… jasad kita terasa berat untuk melakukan, otak memikirkan pelbagai alasan.. namun kita tetap terus melakukan. Kita mampu melakukan dalam apa jua keadaan hati kerana kita faham apa yang kita lakukan kerana Allah SWT.
Inilah keikhlasan di mana melakukan sesuatu kerana Allah SWT walau dalam keadaan apa jua pun. BUKAN MENUNGGU HATI SENANG ATAU SELESA MELAKUKAN KEBAIKAN, BARULAH KITA MELAKUKAN dengan menyatakan…. “aku ikhlas”.
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah:41).
Perjuangan itu pahit, namun Syurga itu manis.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan