Apa pun jua, kembalilah kepada Allah dengan benar-benar kembali. Pasti dikala hati ini tidak berasa diri ini bagus, kita tidak akan membenci yang lain apatah lagi melemparkan pelbagai persepsi kerana persepsi itu fitnah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui
Persoalan di hati yang selalu menari-nari di mindaku. Sungguh aku dapat rasakan yang Allah tahu apa yg nyata dan yg aku sembunyikan.
Allah memberikanku jawapan.
Benarlah itu. Percayalah segala rasa hati kita hanya Allah yg Maha Mengetahui.
Bersabarlah untuk memperoleh apa yg kita inginkan dan kadang kala sesuatu itu perlu dikorbankan.
Indahnya hidup bersamaNYA. Hidup dalam aturanNYA.
Tiada apa yg berlaku tanpa sebab dan akibat. Bermacam-macam sebab,tapi paling indah sebabnya kerana Allah.
Dan akibat sesuatu itu perlu dihayati apa pelajarannya. Apa sebenar hikmahnya.
Terima Kasih Ya ALLAH, terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan