Ikut hati mati, ikut rasa binasa
Seringkali kita dengar pepatah ni
Pagi tadi masa kelas Risk management, Encik ada sebut pasal ungkapan ni.
Dia tanya kami, betul ke pepatah ni?.
Encik cakap fitrah semua manusia memang inginkan kebaikan, so kalau kita pilih utk buat kebaikan pastilah kita akan menjadi insan yg sejati, khalifah di muka bumi ini.
Persoalannya pada seketul daging iaitu hati kita. Apa warnanya?hitam @putih.
Pilihan terletak pada tangan kita sendiri, laluan mana yg ingin kita tempuh.
Yang Paling Utama Allah SWT SENTIASA menunjukkan jalan yg terbaik utk kita lalui, terpulang pada kita utk memilihnya.
Andai salah pilihan itu, terimalah seadanya dan ambillah ikhtibar dpdnya. Sesungguhnya segala sesuatu itu tidak sia-sia.
Kini, sepanjang perjalanan hidup aku di hentian ini. Aku dapat rasakan satu perasaan yg tak tau bagaimana nak digambarkan.
Naik turun carta kehidupan, segala persoalan-persoalan yg sering bermain di minda, rasa hati yg kadangkala tak tahu mengapa.
Sukar nak digambarkan, sukar nak diluahkan. Yang paling aku sedari kini adalah keperluan rasa syukur dalam diri/jiwa ini.
Seringkali kita mempersoalkan apa yg kita perolehi, apa yg orang lain perolehi. Kenapa mesti ada rasa tak puas hati?
Memetik kata-kata dari anjang aku,”Lumrah manusia memang begitu, selalu x puas hati dgn apa yg ada pada diri kita.Yg penting kita kena berusaha utk menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari.Sentiasa bersyukur . Dan jgn tanam rasa x puas hati yg blh membawa sikap negative spt dengki , cemburu & bla.bla.blaaa.....”.
Terima kasih anjang. Terima Kasih.
Sebenarnya bagi aku rasa syukur adalah kunci kedamaian hati. Syukurlah dengan apa yg kita dapat @tak dapat. Aturan Allah adalah yg terbaik, bukankah Dia Maha Mengetahui. Allah yg lebih memahami diri kita berbanding diri kita sendiri apatah lagi orang sekeliling kita walaupun mereka dekat dengan kita. Ingatlah Allah SWT sentiasa berada dekat dengan kita, dekat sangat!
Andai rasa syukur itu ada, pasti tiada rasa lemah, tak puas hati,putus asa dan sebagainya. Seorang bakal Kaunselor yg pernah aku kenal mengatakan “tak ada benda yg senang dlm dunia ini. Selagi ada usaha dan keinginan, selagi itulah kita boleh berjaya., Jangan ambil keputusan dgn mudah”.
Maknanya di sini, tiada apa yg mustahil dengan izinNYA. Pilihlah kebaikan walaupun ada virus-virus yg menyerang. Jangan ambil keputusan dengan mudah kerana setiap sesuatu yg kita lakukan pasti akan dihitungNYA. Pilihan di tangan kita, air@api?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan