Sabtu, 1 Oktober 2011

Towards Success: take NOTE



Salam,
Selamat sejahtera
21:54 01102011
Kita tidak boleh merubah situasi yg boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung.
Tapi
kita boleh merubah fikiran kita dan apa yg kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.
Rahsianya
Cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan.....

Nota semangat buat diri sendiri:
Sudah hampir satu bulan di bumi sintok, insyaalah dengan izinNya aku akan meninggalkan bumi ini jua. Hari menjelang hari, waktu silih berganti, bermacam peristiwa menjengah untuk mengajar aku. Itu pun sekiranya aku sedar dan nampak tentang itu.
Aku seringkali tak tahu, seringkali mempersoalkan, seringkali tersungkur. Walau pun begitu, aku masih ada.
Ya, aku masih ada  selagi Dia mengizinkan.
Aku suka apa yg sedang aku rasakan sekarang ni. Aku suka bila aku sedih, aku suka bila masalah datang. Sekarang baru aku rasa suka.
Baru permulaan semester terakhir ini, air mata aku semakin laju mengalir dan begitu mudah keluar. Mungkin dah tak tertahan utk memendamnya. Di samping rasa bersalah dalam diri disebabkan kelakuan aku pada orang yang sepatutnya aku hormati dan sayang. Tanpa mereka aku tiada di dunia ini. Bila bercakap, bila mengenang tentang mereka, memang begitu mudahnya aku terasa.
Betullah kata orang bila dah tak ada, baru kita tercari-cari tapi bila ada kita buat tak endah. Ini takdirNya untuk aku tapi aku yg bertanggungjawab terhadap apa yg dah aku lakukan.
Bercakap tentang masa depan, pasti kita dapat meneka macam mana keadaan kita berdasarkan keadaan diri kita pada masa sekarang. Aku masih tak tahu hala tuju aku. Aku seorang pelajar yang hanya belajar mengikut slybus yang telah  ditetapkan. Aku tak sama macam orang lain. Orang lain pun tak sama macam aku.
Kita semua berbeza. Tapi kita semua berasal dari yg SATU.
DIRI aku kena kuat, hati aku kena keras.
Aku=difficult person+ hard
Aku kena belajar “live” @
Semuanya bermula dengan aku, bukannya org lain.
***********tq ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan