Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Sayang itu sukar
selagi mata hati masih begini
kepikukan merantai
keheningan menjengah
beku membisu
------------------------------------------------------------------------
Bagaimana hari-hari anda? Moga ada cahayaNya.
Sesungguhnya DIA memberikan anugerah pada setiap hambaNya berdasarkan keperluan dan kesesuaian hamba itu memikulnya.
Setiap hari diproses, bagaimana akhirnya?.
Warkah kali ini aku nak berbicara tentang mata. Kenapa mata? Sebab dari mata turun ke hati (mungkin, **). Secara kasarnya, apa yang kita nampak pada zahirnya itulah yg membuahkan pelbagai anggapan. Apa saja yang kita lihat pasti fikiran akan menafsirkannya. Kalau nampak dia berkawan dengan geng yg muslimah pasti dikatakan dia baik. Kalau nampak dia rajin belajar pasti dikatakan dia rajin/pandai dsbg.
Semuanya bermula dengan penglihatan. Penglihatan itu akan melahirkan rasa. Suka, benci, senang, susah dan apa saja perasaan yang terbit apabila memandang sesuatu. Mata adakalanya salah menafsir. Mungkin betul anggapan kita, dan mungkin juga ada alasan lain. Yang pasti kita selalunya percaya pada apa yang kita nampak.
Memetik kata-kata Dr.Muhaya seorang pakar mata, seharusnya kita nampak apa yang kita percaya. Ya, sukar untuk kita mengaplikasikan penyataan ini selagi kita masih memandang selain dariNya. Aku sendiri begini, tidak konsisten sepenuhnya. Alangkah indahnya kita dapat memndang segalanya dariNya. Ya, segala-galanya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu kedua aku di uniUTARA tercinta ini, baru warm up utk mendaki. Mengingatkan kata-kata Imam Hassan Al-Banna iaitu “Tanggungjawab yang ada lebih banyak dari Masa yg ada”. Cheklist homework, assigment dan sebagainya telah tersedia, hanya menunggu aku utk menggerakkannya. Walau kadangkala terbit kemalasan, kesusahan, kesakitan tapi di sebalik itu ada seribu kemanisannya yang tak terungkap dgn kata-kata.
Aku punya tanggungjawab. Ya aku mesti berusaha kerana Allah sentiasa memberi. Tinggal aku. Cuma aku.
Moga dipermudahkan, Amin.
semoga dipermudahkan urusan kita semua. amin! :') thanks for the present, btw. suka sangat! ;)
BalasPadam