22:42 , 12071989
Assalamualaikum wbt
Apa khabar hati? Sihat, kuat?
Syukur padaMu ya Allah , hari ini aku masih mampu melakarkan bicara kalbu ini. Alhamdulillah. Saban hari aku hidup tak sepenuhnya ingatanku padaMu, yang pasti masih begitu. Tak mengapa ya Allah, sepatutnya aku bersyukur kerana Engkau sentiasa menuntunku. Kau memberhentikanku dari rasa suka untuk berjaga-jaga dengan duka, Kau memberi aku harapan untuk terus bergerak meneruskan perjuangan di sini. Di sini Kau tinggalkankan kami.
Tiada yang sempurna. Sempurna hanya pada pandangan mata. Sempurna di mata insan, bukan di matamu. Aku impikan kesempurnaan, segala-gala yang nampak bagus, baik, molek, indah. Salahkah begitu?. Entah aku pun tak pasti lagi, masih belum ada jawapannya.
Cinta
Sejujurnya, aku mengakui dengan sebenar-benarnya aku tiada rasa kasih dan sayang pada sesama manusia. Yang memberi manfaat padaku itulah yang aku dahulukan sebaliknya yang menyusahkan, dan menyakitkan aku sering membiarkan. Kejamkah aku?. Bagaimana aku ingin diperlakukan, begitulah juga sepatutnya aku berbuat pada orang lain. Tapi aku?.
Ya Rahman, terima kasih kerana menyedarkan aku tentang kasih sayangMu. KasihMu tiada hadnya, sayangMu sentiasa ada. Kasih sayangMu membuatkan aku terus berdaya mengharungi kehidupan ini. Aku bertinta seolah-olah dunia ini sungguh menyakitkan tapi memang itulah yang aku rasa. Kau sentiasa mengurniakan rasa kasih dan sayang itu pada kami, pada ku. Justeru itu, mengapa aku tergamak menyakiti, membenci, lantas membuang kasih sayang itu. Mulia sangat ke aku ini sampai tak nak berkasih sayang dengan makhlukMu?.
Melihat dengan kasih dan sayang akan menyedarkan aku tentangMu ya Rahman. Siapa pun mereka aku tak layak menilai apatah lagi menghukum. Kenalkah aku sepenuhnya dengan peribadi mereka yang sebenar seperti mana orang lain yang melihatku tanpa mengenalku dengan sebenar-benarnya, pantaskah mereka menilaiku bagaimana?. Ya, hidup ibarat roda. Perlakuan mereka padaku mencerminkan perlakuanku pada mereka.
Teringat kembali kisah yang berlaku siang tadi, datang dua orang indian girl untuk “print” nota mereka di kedai pak cik. Kelihatan mereka macam tergesa- gesa, macam nak marah. Seorang daripada mereka pada amatanku macam sedang dalam kemarahan kerana kawannya mungkin ter’print dua kali, salah “print” kot. Nampak macam buruk saja perangai dia bila dia marah-marah macam tu. Di situ, aku mula mengenangkan perihal aku pula. Macam ni rupanya kalau marah- marah, nampak buruk benar walaupun orang lain tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi pada pandangan mata itulah, kita boleh menafsirkan peribadi seseorang itu walaupun mungkin sebenarnya dia mempunyai peribadi yang baik mungkin.
Terima kasih Ya Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni nak kongsi pasal komen anjang dalam fb aku ni,
Perkara yg x baik, yg pernah dilakukan oleh ibubapa kita, jgnlah kita lakukan semula ,mungkin mrk x tahu n kurang ilmu ,jadi tugas kita utk melakukan yg baik n termampu utk ibubapa n anak2 kita ...hidup tu mmg pusingan .. tapi selagi kita berbuat baik ..insyallah..selamat..
Ya selagi kita berbuat baik. Cuma bagi aku masih sukar untuk berbuat baik apatah lagi harapan aku pada mereka sangat tinggi dan aku memang perlukan mereka. Entah aku pun tak tahu nak ungkapkan apa, nak berbuat apa lagi.
Moga Engkau membukakan pintu hati kami ya Allah untuk kami sebenar-benarnya kembali padaMu. Amin.:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan