Isnin, 11 Julai 2011

taraweh insan 1



21:57 , 11071989

Assalamualaikum wbt
Dah masuk tambah tolak 43 hari aku bermusafir di kota bersejarah ini. Bermacam rasa, berbagai peristiwa yg telah aku tempuhi. Pahit manis kehidupan di perantauan. Ya sememangnya adalah logik jika difikirkan kembali tentang kata-kata bahawa ujian akan sentiasa hadir selagi kita hidup di dunia ini dan yang pastinya rasa teruji itu semestinya akan sembuh bersama dengan perjalanan masa. Masa yang terus bergerak tanpa menunggu kesediaan kita. Kesembuhan itu datangnya daripadaNYA juga sebagaimana rasa tak senang itu menerjah tanpa diminta.
Kini, walaupun aku masih belum sepenuhnya memperoleh kekuatan tapi aku bersyukur kerana Dia sentiasa menunjukkankan aku jalan. Jalan yang terbaik di sisiNya. Kini, aku mula memahami segala – galanya berasal dpdNya dan dgn izinNya. Memerhati di sebalik setiap sesuatu yang berlaku, mengaitkannya dengan hikmah di sebaliknya.
Aku pasti semua manusia inginkan yang terbaik dalam hidupnya. Ingin segalanya berjalan lancar, ingin gembira, ingin bahagia, ingin memperbaiki diri dari hari ke hari. Aku hanya insan biasa yang dikurniakan akal dan fizikal yang sempurna oleh Tuhanku. Ada ketikanya aku berasa cemburu melihat kesenangan, kepandaian, kebahagian insan lain. Mereka pandai, mereka cantik, soleh/ah, mereka  itu, mereka ini. Tidak bersyukurkah aku?
Entah aku pun tak dapat menjawab persoalan itu. Aku ingin menjadi “seseorang”. “Seseorang yang belum bisa aku ungkapkan bagaimana. Aku ada impian namun usahaku tumpul. Aku ada cita-cita tapi cuma tersimpan di lubuk hati. Siapa Aku? Masih belum aku peroleh jawapannya.
Bekerja tak sama dengan belajar?. Ya, sebenarnya bila direnung kembali belajar adalah suatu peristiwa atau memori yang indah jika aku betul- betul memanfaatkan masa itu. Memang kita tak akan habis belajar selagi kita masih bernyawa tapi menjadi pelajar yang seharusnya memfokuskan seluruh tumpuan pada pembelajaran adalah suatu yang paling membahagiakan. Di kala ini aku merasakan sangat- sangat bersemangat untuk belajar. Kembali lagi ke Universiti Utara Malaysia untuk belajar!.
Ya, baru tapi aku berasa terkesan dengan kejadian seorang pelajar dari seberang yang pada pandangan aku begitu bersemangat dalam pembelajarannya. Sehingga aku dapat mengecam mukanya yang selalu “print” di kedai pak cik. Tadi, ku lihat dia dengan tabah menyusun nota-notanya ke dalam fail dan membayar kesemua nota yang di”print”nya walaupun sebenarnya dia dah tersalah “print”. Entah bagi orang lain, mungkin perkara ini nampak biasa tapi aku terkesan. Jika nak dibandingkan dengan aku masih terlalu jauh. Dia lebih baik pada amatan aku.
Bekerja mendapatkan hasil lelah sendiri itulah yang memberi kepuasan. Sejauh mana hasil itu diberkatiNYA, sewajarnya itu diberi perhatian. Untuk bulan pertama ini, aku masih tak dapat nak menyimpan, tak tahulah kenapa tapi aku dah buat bajet namun tak kesampaian jua. Betullah kata – kata manusia hanya merancang dan hanya Dia yang bisa menentukan yang terbaik buat hamba - hambaNya.  Adakah ini ketentuanNya yang terbaik?
Ya, sekiranya aku memerhati apa-apa yang  telah aku lakukan dan pasti ada sebabnya.
Mengenal diri
Setelah melalui sesuatu peristiwa, pahit @ manis. Pengalaman yang ku lalui mengajarku di mana dari situ aku bisa mengenal siapa aku?.Aku yang kata pak cik dan mungkin pada pandangan orang yang belum menyebut pada diriku secara berdepan adalah seorang yang beremosi, berjaya menunjukkan emosi. Aku suka merajuk. Ye ke? Macam ya. Tapi aku ada sebab.
Teringat suatu peristiwa, suatu petang di kedai pak cik; datangnya sekumpulan indian datang untuk “print color” assigment mereka. Mereka dengan slumbernya masuk ke belakang dan berkumpul untuk menunggu hasil “print” mereka. Dalam masa itu juga, aku sibuk mengira berapa RM mereka  kena bayar dan tiba- tiba pak cik datang dan aku dalam hati rasa nak biarkan saja pak cik kira; sebabnya pak cik kan taukey dan pak cik pun dah alang-alang menyibuk nak kira. Selepas itu, dalam masa nak membayar, mereka seakan – akan tak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan lalu nak minta diskaun dan aku pun tak tahu nak buat apa ditambah pula bos ada kat situ jadi aku pun pergi kat tempat lain sebab nak bagi pak cik setelkan tapi malangnya pak cik tersalah pengiraan dan menyebabkan mereka bertambah gabra  dan terpinga- pinga untuk membayar. Disebabkan itu, bos pun tanya aku berapa dan selanjutnya terlanjur  perselisihan antara kami. Dan seterusnya aku  ni yang cepat terasa hati pun membawa diri. Sampai dapat msg daripada pak cik mengatakan jangan ambil hati dgn dia dan dia fikir aku dah merajuk. Dan memang pun aku terasa hati sikit dengan dia. Tapi itu, sekejap saja, mujurlah aku ada seoranga kawan yang cool yang boleh lagi menghiburkan hati aku yang tengah merajuk konon., dan adalah rahmat dpd Allah juga yang memberi.
Daripada situ aku dapat belajar, lelaki dan perempuan memang berbeza. Lelaki ingin menunjukkan kehebatannya, kepandaiannya, dan apa shaja yang baik dpdnya. Dan perempuan seperti yang kita ketahui sekeras –keras kerak nasi bila direndam dalam air , akan lembut juga akhinya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni aku nak kongsi lagu Takdir nyanyian opick dan Melly , salah satu lagu yang memberi semnagat pada aku dalam melayari penjara dunia ini.
Hayatilah bersama:
dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencananya

semua berjalan dalam kehendaknya
nafas hidung cinta dan segalanya

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi

bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )

bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan dia
karena hanya dengannya hati tenang
damai jiwa dan raga

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan