Manusia akan tahu hakikat diri bilamana dia diuji.
Assalamualaikum wbt,
Hakikat diri. Apa maknanya?. Yang aku faham ianya bermaksud siapa diri kita yg sebenar. Diri kita sebenarnya macam mana. Betul-betul kuat, baik, teguh atau masih lemah, berbolak-balik. Bagaimana kita nak kenal diri sendiri? Kenapa kita sibuk- sibuk nak kenal diri sendiri? Apa manfaatnya dengan mengenal diri sendiri?.
Bagaimana nak mengenal diri sendiri
Siapa aku? Kenapa aku wujud dan hidup di dunia ini?Dpd mana aku datang/ ke mana seterusnya aku akan pergi?
Sejujurnya, aku masih belum faham dan mengenal sepenuhnya siapa diri aku yg sebenarnya. Yang aku tahu dan dapat tafsir adalah diriku kadang ok, kadang “ko”. Anda pula bagaimana? Sudah dapat mengenal diri?.
Bila aku ditimpa kesusahan, kesulitan, kesakitan, dan apa sahaja yang membuatkan jiwaku sengsara@kacau, aku masih mewujudkan persoalan. Mengapa aku? Apa aku dah buat? DIA tak sayang aku ke? Dan macam – macam lagi bisikan meminta jawapan.
Bila pula sinar menjelma, seperti rasa suka, apa yang dikehendaki tercapai dan seangkatan dengannya, aku tidak sepenuhnya menyedari siapa yang memberi itu semua yang aku tumpukan hanyalah pada rasa itu. Jarang sekali dpd siapa aku memperolehnya.
Diuji?. Hanya yang buruk sahaja ke? Ya, kalau dilihat dari mata kasar itulah yg aku sedari. Tapi sebenarnya, dalam senang itu pun kita diuji. Bagaimana?
Dalam suka, bila tiada apa yg perlu difikir, atau diselesaikan, kadang aku berasa tak menyedariNYA. Ingatan padaNYA seakan terhakis. Kelalaian, kelekaan menguasai diriku. Sebaliknya, jika ada rasa sakit di jiwa, rasa tak tahu dan berbagai lagi yang pahit. Pasti saat itu, aku mula mencari sesuatu. Sesuatu yg aku juga tak pasti apa sebenarnya. Lemahnya aku, hinanya aku di kala ini.
Kenal diri sendiri? Kenapa?
Rasanya kita semua tahu, dengan mengenal diri kita akan mengenalNYA. Aku perlu mengenal diri kerana aku nak mengenalNYA.
mengenalNYA, mengenalNYA, mengenalNYA
Manfaatnya
Sekiranya kita melakukan sesuatu, pasti kita inginkan sesuatu. Sesuatu ganjaran, penghargaan, sesuatu yg bermanfaat utk kita.
Mengenal diri > mengenalNYA > MANFAAT = ???
Dengan itu, hatiku rasa tenang. Tetap teguh bersamaNYA
CORETAN hambaNYA Yg sering lupa, lalai dan leka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan