Rabu, 23 Mac 2011

Perjalanan masih jauh@ sudah sampai masanya

salam pada semua..moga sentiasa khusyuk yea...

dah lama xupdate blog aku ni

sekarang baru ada masa n ilham nak taip ape

Aku.masih aku. Bila aku bukan aku..huhu

Setiap hari pasti kita akan dapat sesuatu. Sesuatu yg kita suka @sebaliknya. Tapi sesuatu itu pasti ada nilainya.

Tadi ayah tepon aku. Aku xpelik sgt sebabnya hari tu baru aku kol ayah utk minta $, nak bayar L.
Aku terpaksa menyusahkan ayah. Aku janji lepas dpd sem ni, xmau mintak dah. Just guna $ PTPTN je dan nak berjimat cermat. Apa yg aku cuba nak sampaikan ialah memang betul la, ALLAH akan memberi sesuatu pada masa kita benar-benar perlu bukan pada masa kita nak. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui yg terbaik buat setiap hambaNya. Aku cakap cam ni sebab sejak akhir-akhir ni aku rasa sgt down, kelas pon xp, kerja tertangguh, banyak la masalah lain. Di saat tu, aku mmg perlukan sokongan org lain terutamanya family sendiri tapi x pun jadi seperti yg aku nak. Ayah xde pun tanya aku ok ke x, mak pun same. Tapi ni lah yg aku belajar. Allah beri bila kita benar-benar perlu. Terima Kasih Ya ALLAH.

Kebelakangan ni juga byk perkara-perkara yg di luar jangka berlaku. Dunia hari ni,macam-macam dah berubah. Macam-macam yg berlaku. Tapi aku masih aku.

Aku tak tau la kenapa dengan aku ni. Aku tahu kalau sesuatu perkara tu memang tak patut buat tapi aku masih xdapat nak bendung bila emosi menguasai diri aku.

Aku rasa setiap hari pasti ada je perkara yg akan membuatkan aku menyakiti hati orang lain terutamanya orang-orang yg dekat dgn aku. Susah la, aku sendiri rasa sakit bila aku menyakiti orang tapi kadangkala, majority memang aku kalah dgn emosi. Aku bukan org yg penyabar.

Takut sungguh nak lalui hari-hari yg baru, hadiah dpd Allah. Tapi aku masih xdapat nak gunakan/hargai setiap detik tu dgn kebaikan. Tewasnya aku dgn perasaan aku.

Bila lah aku nak berjiwa besar, nak menghargai orang lain.

 Bila?? Moga aku sempat utk berubah. Kata Dr. Fadzillah Kamsah: Langkah pertama utk berubah ke arah yg lebih cemerlang adalah dgn menerima hakikat yg anda sebenarnya bermasalah.

Ya Aku memang bermasalah. Ya Allah bantulah aku, bantulah kami menyucikan hati, menyucikan diri
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yg dapat menyucikannya kerana Engkaulah Penguasa dan Pentadbirnya.

Salam Kemaafan utk semua. Dari DIA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.



1 ulasan:

  1. ya. macam-macam dah berlaku. dan kita tetap kita. terpaksa akui, yang kita pun bermasalah jugaaaak. (T^T)

    eh, arima...pandai berkata-katalah dalam blog! ;) suka baca awak tulis. :)

    siapa baby comel tu?

    BalasPadam