ASSALAMUALAIKUM WBT. SALAM SEJAHTERA
Macam mana hangpa semua? Ada baik ke..hope teruskan menyemai benih-benih kebaikan walaupun kondisi kita kadangkala tak menentu. Alhamdulillah, dah melepasi minggu keenam aku di bumi SINtok ini. Terasa pantas pula masa berlalu dan yang pasti takkan dapat kembali semula. Bila berada di hadapan masa, terasa ingin kembali pada masa lepas. Dan begitu juga sebaliknya.
Minggu hadapan 25 oct, dah bermulanya cuti semester lagi. Lagi? Yea, bagi aku banyak sungguh cuti ni. Yalah baru sebulan lebih belajar dah cuti balik. Apa pun bagus gak sebabnya dpt la rehatkan otak dan perasaan yg xberapa nak sihat ni. Sepanjang dalam kesakitan ni dapat juga aku merungkai sesuatu yang aku cari-cari selama ini.
Terima kasih ya ALLAH!
Feedback
Feedback is breakfast for champion. Kita perlukan feedback=maklumbalas dpd org (yg hampir, yg dekat, yg mengenali kita) agar kita dapat mengenal dan memperbaiki diri masing-masing. Kerana mereka yg dekat dan rapat dgn kita lebih mengetahui kita bagaimana peribadinya. Juga supaya kita berada di lorong kehidupan yg terbaik!. Kita mesti bersedia menerima feedback dan paling penting cuba dapatkan feedback. Apa pun kenyataan yg kita terima kita harus berlapang dada. Dan untuk itu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian antaranya:
Your Time is limited, so don't waste it living someone else's life.
Dont't be trapped by dogma- which is living with the results of other people's thinking.
Don't let the noise of other's opinions drawn out your inner voice.
And most important, have the courage to follow your heart and intuition
STEv E JOBS
Ha,
Dalam kelas bpCOM la, sir aku explain pasal feedback ni. Yalah lepas presentation kan kena bagi feedback. S0.cam tulah. Bila kenang balik, feedback tu macam apa yg kita dapat selepas buat something. Contohnya; sometimes kita ada rasa prasangka kat someone or something and then as a feedback orang lain ada rasa prasangka kat kita juga. Ye ker?? Entahlah bagi pandangan aku la, aku nampak cam ni. Dan dari situ kita dapat belajar tentang apa yang kita dah buat akan refleks balik pada diri kita melalui perlakuan org lain. Kalau org lain buat hal dgn kita, so pernah ke kita buat hal dgn dia @org-org yg lain??
“Kalau betul penilaian orang lain terhadap diri kita itu betul, maka terimalah walaupun sakit dan terasa mensiat-siat hati. Itu maknanya ALLAh Ta’ala beri peluang kepada kita nampak keburukan diri kita sendiri melalui orang lain. Beri waktu pada diri, bersoal jawablah dengan diri sendiri untuk memperbaiki.
Tapi sekiranya penilaian orang lain itu tidak betul, pun kita harus muhasabah. Atas dasar apa orang lain boleh berkata itu dan ini terhadap kita walaupun perkara itu tidak betul dan memang menyakitkan hati.
Dalam diri kita ini, ada jiwa yang baik dan jiwa yang buruk. Itu saya beriman dengannya. Dan saya lebih beriman bahawa pada setiap dalam diri kita ini, mempunyai kebaikan yang mengatasi keburukan kerana sifat kebaikan itu ada dalam diri kita sejak dari penciptaan. Tapi dek kerana perbuatan-perbuatan kita yang mungkin tidak selari dengan makna kebaikan, maka keburukan itu menenggelamkan kebaikan.”
(blog cinta Illahi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan