Assalamualaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Syukur.
Cukup 2 bulan aku hidup sebagai seorang perantau walaupun hanya di dalam tanah tumpah darahku sendiri. Hanya di malaysia saja belum sampai lagi ke seberang.hehe
Setiap hari aku lalui dengan bermacam-macam emosi, gaya, dan cerita. Kalau nak tulis semuanya alamat tak mandi lar aku.(sekarang ni masih tak mandi2 lagi.malas)huhu
So aku nak rakamkan apa yang terdaya utuk aku luahkan saja. Bermulanya aku di kota ini, bumi melaka. Bumi yang bersejarah. Di sini aku bergelar pekerja sementara di sebuah kedai photocopy yang diberi nama Titik Hijrah. Wahh sedap nama tu, i like!.
Tugas-tugas yang seharusnya aku buat sebagai pekerja di kedai ini adalah seperti berikut:
Membinding>>ni feveret aku, dah master dah.hehe
Memphotostet
Tolong tgk org nak print
Tolong kira
Menyapu + mengemas,lap mengelap>>i prefer to menyapu!
Dan lain-lain. Masih tak master bab nak memotong and liminating. Next time insyaallah, jika ada rezeki.:)
Untuk bulan yang pertama, sangat memenatkan, kelamkabut, macam tak cukup tangan. Temperature pon dah naik bulan ni.hehe. Mana tak nya nak menyiapkan buku photostet yang para pelajar mmu ni order. Serius pening. Tapi lebih baik begini daripada just duduk menunggu customer mai, lagi la sesak.heh
Siapkan buku photocopy ni memeng perlukan kesabaran. Ya lah nak cari master copy lagi, nak melayan customer lagi (kalau dapat yang mengada-ngada tu, memang masak la), nak photostet lagi (kalau mesin tu bagi kejasama la), nak binding, nak susun lagi. Bab yang tak boleh tahan bab nak menyusun ikut macam mana utk memudahkan mereka mengambil order tersebut. Untuk permulaannya memang kelam kabut, yalah dah la ramai orang dalam satu masa tu, pastu datang lagi mereka yang nak ambil buku order tu. Dah habaq mai petang tapi tetap nak mai time-time sesak ni. Layan je lah. Nak marah tak boleh, bukankah customer always RIGHT?. Baran aku dengan slogan ni. Hehe
Dan aku tah sejak bila ambil alih tugas asyik masuk bawah almari utk menyusun buku-buku. Time orang datang je utk ambil order. Kami akan kata “nama?”.hehe
Haii, macam macam
Itu bab kerja , meh sini cik nak story bab yang hampa semua suka . Bab apa? Bab apa lagi bab C.I.N.T.A. hhaha
Tak suka ke. Tipu la. Wat ever. Jom layan. Hai kerja pun dekat university. Sure lah ramai la......
Hahha
Along ke angah, abg @adek istanbul kebab , budak-budak yang datang kedai (yang hensem saja yea), dan lainlain
Aku? Hai nak story rasa cam bodoh bodoh pulak tapi just nak share mana yang baik ambil ler, mana yang kureng tu sila jauhi yea. Aku suka dia. Dia tu tugasnya datang ke kedai utuk membaiki beberapa mesin. Mulanya rasa biasa biasa. Tapi rasa tu dah tukar jadi something.Konon!hihh
Mulanya ingat dia bukan melayu. Tapi bila ku selidik serba banyak latar belakangnya daripada pihak berkuasa tempatan (bos aku lar, pakcik.hehe),aku dapat tahu yang dia:
Melayu
Status; suami orang+ bapa anak satu
Umur: muda lagi:dalam 20-an
Dan ada la lagi cerita-cerita panas tentang dia. Tak perlulah aku khabarkan yea. Hai nasib baik dah jadi ayah, kalau tak boleh gilo cik ni. Berangan dah.haha
Kenapa cik suka dia?.Kerana>>>
Rupa :boleh tahan, chinese look, kemas, nampak profes
Peribadi: dari segi bahasa, budi bahasa.rasanya tak ada masalah. Lulus
Dari segi agama>> tak tahu , no komen
Dari segi harta>>>bawak vivi, no plat wrb.... hehe(cik dah hafal dah)
Sayangnya, perasaan cik kena, mesti wajib dihadkan kelajuannya. Stop terus. No movement anymore! Dia dah berpunya. Sekarang baru cik faham rasa suka pada yang dah berpunya. Rasa tu kalau dilayan, boleh buat kita jadi angau. Maybe sampai satu tahap lautan api sanggup cik redah kang,. So better STOP.
Ok, for the last day. Minggu terakhir cik kerja dia mai kedai tapi cik tak dapat tengok dia sebab cik p suatu majlis.hehe. So terasa sikit. Tapi kan bagus juga begitu. Padam muka !
Dia layak ke utk menjadi IDOLA. Ye just IDOLA. Biarlah apa pun kisah hidupnya, suatu masa pasti dia akan pulang, jika DIA mengizinkan.Sesungguhnya DIA Maha Pengasih :)
Ok cukup lah story pasal dia yang digelar Dr. Masin itu. Jom comeback ke kisah cik di kedai.
Haha nak ceritakan semua memang dah tak ingat. Tapi cik tengah cuba ni. Nak belajar mengingati, re-ingat balik.hehe
Kerja kat kedai photocopy ni, cik nak nasihat hampa sikit supaya
Bersabar,. Sebabnya biasalah bekerja dengan memberi khidmat pada orang. Memang begini. Setakat rasa nak marah, bengang, sebu, geram, dan seangkatan denganya memang dah jadi lumrah kalau kerja macam ni. Customer always right, tak boleh blah!huhh
Tapi kan ada juga customer yang ok, baik hati, muka kesian, lawak gila dan lain-lain. Lain orang lain ragamnya. Kesimpulannya Sabaq ja lah!
Antara customer yang aku masih ingat adalah:
- Kembar chinese>>>sebab ada satu kejadian dorang photostet banyak dan pada masa tu ramai pulak customer kat kedai. So kelam kabut jugak. Dorang macam nak cepat, dok tunggu depan kedai. Dan lagi lah membuatkan ketensionan aku dah tak dapat nak dikawal.So meletuslah muka ketat, dan bahasa yang dingin daripada cik utk mereka. Maaf tak disengajakan. Still rasa nyesal ni.:(
-budak perempuan chinese>> disebabkan dia nak tengok buku, master copy la tajuknya AIS kot dan time tu aku rasa macam malas nak penuhi permintaan dia sebab apa tah dan aku just kata tak da kot. Dan dia pon ok tapi nampak gak macam dia tak puas hati. Kat sini aku rasa bersalah gak.hehe
-Dengan sapa sapa yang aku tak cam dah yang mana aku dah buat kesilapan seperti:
Mengetawakan depa, (hah budak lelaki chinese yang aku nak gelak kalau tgk muka die. Macam gilo je aku ni kan.haha)
Memarahi secara tak sengaja di mana cik telah meninggikan suara ini yang sememangnya tak pernah tinggi-tinggi.peace:)
Dan lain –lain yang tak dapat cik tulis semua noh.
Hahh. Meh balik semula pada bab yang hampa suka tu. Buat buat tanya lagi. Kali ni cik dah jatuh c dengan customer lak hai.Tak boleh blah aku ni kan. Mudah beno jatuh .haha
Ni, cam ni. Pada suatu malam. Tak ingat bila, di kedai pak cik datanglah seorang jejaka nak photostet. Haha and seterusnya bermulanya dari situ aku dah mula mencari jejaka ini. Sampai dah heboh dgn cik H, so ada suatu masa tu, jejaka ni pakai baju oren. So terlekat la namanya , budak baju oren.
Alahai, nak tengok aku senyum. Just say budak baju oren.haha (tol tak cik H?>Hehe).
Setiap hari di kedai aku menunggu si baju oren ini, sampai tahap cik nak tahu pasal dia. Dia ada fb ke, dia dok dgn perempuan ke lelaki, dia itu, dia ini. Excited sungguh. Gilo!(sengih sorang sorang)
Dan kalau dia datang je kedai, mesti cik rasa something. Gilo. Cik tak boleh tgk muka dia lah. Gilo.
Hahha
Tapi kan alahai tak tahu lah.
Actually semua ini adalah wrong attitude kan?? Hah. Hangpa jangan ikut noh. Be good girl/boy.Yea
Cik dah dapat jawapan utk persolan dalam otak cik ni, jawapannya “cik tak nak/tak mungkin /tak kan kahwin dengan mereka ini (dia, jejaka). Itu hanya suka-suka”.
Yessssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
Thank you Allah!
1532 30072011
i strong bcoz of
Betul cik A..saya sokong,,bab bj kaler2 tu.no komen..nasb baik kaca mata dpt tgk,,hhiihii..angah plak,,xda jodohlah katakn...tp still terubat gan bakal mentua yg baik hati(ayt xbole blah)
BalasPadam