Khamis, 17 Februari 2011

Entri pertama UUM tercinta: Kehilangan yang dirasai


Ada betulnya kata- kata ni; dah hilang/dah tak ada barulah kita merasai @ hargai kewujudannya.
Apa yg hilang, apa yg tak ada itulah yg selalu kita cari@fikir semula.
Sejujurnya, aku amat terkesan dengan pemergian En A.
Pensyarah Far4 yg cool sokmo. Relax je masuk kelas dia. Wahh
Ya setiap yg berlaku pasti ada hikmah@ada yg perlu kita belajar.
Pemergian En A utk melanjutkan pengajiannya membuatkan kami terkedu sebentar. Yalah masakan tidak, aku rasa majoriti dalam kelas tu dah selesa dan suka dengan cara dia mengajar. Tapi apa lagi yg boleh dibuat melainkan rela dengan keputusannya.
Sampai ke akhir ni pun En A masih boleh buat lawak, “Kamu tak perlu risau, saya tak pergi Mesir, saya ada dalam UUM ja.” Sempat lagi encik ni.ish2. Dah la kami dlm mood berduka ni.
Sepertinya yg sering kita dengar, kata orang  “sesungguhnya segala sesuatu itu ada sebab musababnya.  Fikir- fikirkanlah sebab- sebab yg baik, maka kita akan memperoleh kesan yg baik.”
Pemergiaan En. A membuatkan kami(bagi aku la) lebih mengambil berat  akan subjek ni. Maksudnya bukan sebelum ni tak ambil berat Cuma kurang ambil berat, kurang serius.
Bagi aku yg kena ambil semula subjek ni, aku rasa lepas ni aku tak boleh tunggu last minit lagi utk updates apa yg dah aku belajar. Tak ada lg masa-masa nak nanti nanti, dan mesti buat secepatnya.
Tak tau la bagi aku kalau dgn En. A rasa selamat, rasa berada di zon selesa. Tapi lepas ni dengan En. Tan, jangan harap la yea.
Itulah hikmah yg aku dapat rungkai dari sudut diri aku sendiri tentang pemergian En. A ni.
Sekarang ni baru ada rasa yakin  dan rasa rupanya senang juga FAR4 ni yg penting konsep mesti betul.
Debit bukan masuk, Kredit BUKAN keluar. Sebenarnya kita tengok pada akaun tu, cthnya:
Kalau dt. Machine(asset), cr. Cash. Maksudnya asset kita machine tu sebelah debit maknanya meningkat(increase) dan cash (asset) sebelah kredit  maknanya asset berkurang(decrease).
Inilah satu antara banyak faktor yg membuatkan kami budak – budak akaun ni tersilap faham dan kesannya tak faham la konsep sebenar.
Terima Kasih la pada En. A sebab terangkan yg sebenarnya, dan terima kasih juga pada En.F sebab memberi peluang utk kami yg tersilap konsep ni utk ambil semula subjek ni, (kena repeat la).
Dan yg paling penting, apa yg nak aku smpaikan adalah Aku amat menghargai semua yg ada di sisiku.
Mak,ayah, adik, keluarga, rakan, harta, wang, perasaan dan yg paling utama masih adanya iman di hati ini.
Buat semua yg ada di sisi, yg selalu ada di depan mata ini atau di hati ini, ketahuilah saya amat sayang@hargai segala yg ada ini. Maaflah andai ada diriku selalu membuatkan kamu kamu terasa hati dengan perlakuan, percakapan, mahupun mimik muka ini.
Insyaallah, diriku akan berusaha memperbaiki diri@HATI@ jiwa ini.
Andai tiada lagi esok, maafkan segala keterlanjuranku samaada sengaja @tidak disengajakan.
# harap sgt dapat peluk cium mak.

1 ulasan:

  1. wah. sedih jugak ni. sebagai mantan student En. A, sedih tetap terasa. sampaikan salam Assalamualaikum dekat En. A ye. ;)

    BalasPadam